Tuesday, August 30, 2011

salam aidilfitri

Selamat tinggal ramadhan.... selamat hari raya aidilfitri......
Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda;
مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)-Hadith Daif
Adakah harus berpuasa pada hari raya?
Diharamkan berpuasa pada hari raya sama ada hari raya fitrah atau hari raya korban. Ini kerana hari raya adalah hari menikmati makanan dan minuman.
الحديث أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ النَّحْرِ . ” رواه مسلم 827
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menegah dari berpuasa pada dua hari; hari raya korban dan hari raya fitrah” (Riwayat Imam Muslim).
1. Menyambut hari raya dengan laungan takbir dan memuji Allah
2. Mandi sunat
Disunatkan mandi hari raya sekalipun tidak berhasrat untuk menghadiri majlis solat hari raya kerana hari raya adalah yaum az-zinah iaitu hari perhiasan. Sunat mandi ini adalah berdasarkan amalan sahabat di mana Imam Malik meriwayatkan dari Nafi’ yang menceritakan:
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى. -الموطأ 428-
“Sesungguhnya Ibnu Umar r.a. mandi pada hari raya fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya”. (Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’. Menurut Imam Nawawi; atsar ini adalah soheh)
3. Berwangi-wangian dan dan memakai pakaian baru.
Berdalilkan hadis dari Hasan bin Ali r.a. –cucu Rasulullah- yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami pada dua hari raya supaya memakai pakaian sehabis elok yang kami perolehi, berwangi dengan wangian paling harum yang kami perolehi dan supaya kami menyembelih korban dengan binatang paling gemuk yang kami miliki”. (Riwayat Imam al-Hakim dan at-Thabrani).
4. Beramai-ramai menghadiri tempat solat hari raya
Disunatkan pada hari raya umat Islam keluar beramai-ramai ke tempat solat hari raya termasuk kaum wanita (sama ada tua atau muda, yang berkahwin atau belum berkahwin, yang suci atau dalam haid) untuk sama-sama bertakbir, mendengar khutbah dan berdoa.
5. Keluar awal ke tempat solat (kecuali imam)
Disunatkan hadir ke masjid atau tempat solat awal pagi selepas subuh kecuali imam di mana ia disunatkan hadir pada waktu solat hari raya hendak dilaksanakan.
6. Menikmati juadah sebelum keluar (khusus bagi hari raya fitrah)
من الآداب ألا يخرج في عيد الفطر إلى الصلاة حتى يأكل تمرات لما رواه البخاري عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا . البخاري 953
Anas r.a. juga menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada pagi hari raya fitrah melainkan setelah baginda makan beberapa biji tamar. Baginda makan tamar-tamar itu dengan bilangan yang ganjil’”. (Riwayat Imam Bukhari)
7. Keluar berjalan kaki dan melalui jalan berbeza ketika pulang
Disunatkan pergi ke tempat solat atau ke masjid dengan berjalan kaki dalam keadaan tenang. Apabila pulang, disunatkan melalui jalan yang lain dari jalan yang dilalui ketika pergi tadi.
8. Segera mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat hari raya.
Disunatkan bersegera mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat hari raya dikerjakan. Ibnu Umar r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menyuruh agar dikeluarkan zakat fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya untuk mengerjakan solat”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Mengeluarkan zakat fitrah selepas selesai solat hukumnya adalah makruh di sisi imam mazhab empat. Malah ada pandangan menyatakan; haram.
9. Mengucapkan tahniah, menzahirkan kegembiraan dan bersalam-salaman
Digalakkan pada hari raya mengucapkan tahniah sempena kedatangan hari raya, melahirkan rasa gembira dan seronok dan bersalam-salaman sesama kaum muslimin. Mengucapkan tahniah bersempena kedatangan hari raya adalah amalan para sahabat, oleh itu ia disyari’atkan

Saturday, August 27, 2011

di penghujung ramadhan.....

Di Penghujung Sebuah Ramadhan...
Kita dianjur mengejar Malam Lailatul Qadar...
Kita dianjur berik'tikaf di Rumah Allah..
Tetapi, adakah kita mampu untuk melakukannya???

Di Penghujung Sebuah Ramadhan...
Kita digalak untuk memenuhi masjid..
Kita digalak untuk terus bersedekah..
Tetapi, adakah kita merebutnya???

Di Penghujung Sebuah Ramadhan...
Terawih dan Witir dianjur 30 malam..
Tadarus dianjur 30 hari...
Tetapi, adakah kita mampu menggapainya???

Di Penghujung Sebuah Ramadhan...
Ia semakin meninggalkan kita..
Ia semakin melabuhkan rahmatnya...
Tetapi, adakah kita sedih atau suka dengan pengakhiran ini???

* Ya ALLAH Ya Tuhan Kami...Sesungguhnya kami ini insan yang sangat lemah dan tanpa daya..Berilah kami kekuatan Ya, Rahman..Berilah Kami Cahaya Ya Rahim, Berilah Kami Hidayah Ya Jabbar untuk kami terus beribadat di akhir-akhir bulan penuh keberkatan ini..Amin Ya ALLAH Amin Ya Rabbal Alamin....

taubat seorang hamba..

Menurut kata-kata ulama, terdapat beberapa penyakit yang mudah ‘menjangkiti’ hati seorang Muslim. Antara penyakit tersebut adalah apabila dia berbicara, dia mungkin berbohong; apabila berilmu, dia mudah lupa; apabila beribadat, timbul rasa riak; apabila berbudi pekerti, dia memuji diri; apabila diberi keberanian, dia bersikap keterlaluan; apabila menjadi pemurah, dia menyebut-nyebut sumbangannya; apabila dijadikan Allah sebagai seorang yang cantik, dia menjadi sombong; apabila menjadi bangsawan, dia bangga diri; apabila malu keterlaluan, dia menjadi lemah diri; apabila diberi kemuliaan, dia menonjol-nonjol; apabila kaya, dia menjadi kedekut; dan apabila memberi ketaatan, dia berlebih-lebihan. Sebagai seorang hambaNya yang lemah, kita mudah terperangkap dalam setiap amalan yang dilakukan tanpa keikhlasan kepadaNya. Di sinilah Allah mengajar kepada hambaNya agar sentiasa bertaubat dan perbetulkan niat.
Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang ‘ashi, apabila melakukan perkara keji dan mendedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu mereka ingat dan beristighfar kepada Allah SWT. Mereka bertaubat kepada Allah kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT. Menderhaka dengan mata kerana memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut kerana makan rezeki yang haram. Semua anggota tubuh badan adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.
Firman-Nya lagi yang bermaksud: Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah An-Nisa ayat 110)
Allah berfirman dalam surah Al-Taubat,ayat 118, “Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Syarat Taubat Diterima.
Syarat taubat yang mesti dipenuhi oleh seseorang yang ingin bertaubat adalah sebagai berikut:
  1. Taubat dilakukan dengan ikhlas, bukan kerana makhluk atau untuk tujuan duniawi.
  2. Menyesali dosa yang telah dilakukan dan tidak ingin mengulanginya kembali.
  3. Tidak terus menerus dalam berbuat dosa. Dan jika berkaitan dengan hak manusia, maka ia segera menunaikannya atau meminta maaf.
  4. Bertekad untuk tidak mengulangi dosa tersebut lagi kerana jika seseorang masih bertekad untuk mengulanginya maka itu pertanda bahawa dia tidak benci kepada maksiat.
  5. Taubat dilakukan pada waktu diterimanya taubat iaitu sebelum datang ajal atau sebelum matahari terbit dari arah barat. Jika dilakukan setelah itu, maka taubat tersebut tidak lagi diterima.
Setiap hamba pernah berbuat salah, namun hamba yang terbaik adalah yang rajin bertaubat. Dari Anas, Rasulullah SAW bersabda,“Semua keturunan Adam adalah orang yang pernah berbuat salah. Dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.
Orang yang bertaubat akan digantikan dengan kebaikan bagi kesalahan yang pernah dilakukan. Allah Ta’ala berfirman, ”Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Furqon: 70)
Al Hasan Al Bashri mengatakan, ”Allah akan mengganti amalan kejahatan yang dilakukan oleh seseorang dengan amalan soleh. Allah akan menggantikan kesyirikan yang pernah dilakukan dengan keikhlasan. Allah akan menggantikan perbuatan maksiat dengan kebaikan. Dan Allah pun menggantikan kekufurannya dahulu dengan keislaman.”
Tanda taubat diterima Allah
  1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.
  2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.
  3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.
  4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah .
  5. Sungguhpun sedikit rezeki yang diperolehinya di dunia ini namun dia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.
  6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.
Sedar ataupun tidak, sebenarnya Allah telah menjanjikan banyak kebaikan dan kebajikan kepada mereka yang bertaubat. Maka tidak syak lagi bahawa, jalan keluar ke pintu kebaikan terbuka luas untuk mereka yang sedang bergelumang dalam dosa maksiat. Jangan berputus asa atas keampunan dan rahmat Allah. Ingatlah, bahawa Allah sentiasa menyayangi dan bersama orang-orang yang ingin mendekati-Nya.
Segala perlakuan bermula daripada anggota zahir atas dorongan hati. Jika bertasbih dan beristighfar terbit daripada sanubari insaf, hasil daripada sikap tersebut dalam jangka masa yang tidak lama, akan terbit rasa malu kepada diri untuk mengingkari istighfar yang diucapkan.
Dalam hadith Riwayat Muslim, Rasulullah bersabda, “Aku bertaubat lebih daripada 70 kali dalam satu hari.” Rasulullah yang diciptakan Allah dengan sifat-sifat maksum, sering bertaubat kepada Allah meskipun telah dijanjikan syurga dan menjadi kekasihNya. Oleh itu, kita sebagai hambaNya yang lemah dan sering alpa kepadaNya, haruslah bertaubat demi mengejar keredhaan Allah dan kebahagiaan di akhirat nanti.
Semoga Allah menerima setiap taubat dan keampunan kita. Semoga Allah senantiasa memberi taufik kepada kita untuk menggapai redha-Nya. Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna

Monday, August 22, 2011

malam lailatul qadar


Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "



Petikan dari : FIQH & Perundangan Islam Jilid II Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

jangan lupa zakat fitrah..

duduk bersila anyam ketupat
gadis sunti di sebalik tabir
tunaikan pula rukun keempat
ramadan sudah menuju akhir
gadis sunti di sebalik tabir
apabila marah tersenyum pula
ramadan sudah menuju akhir
zakat fitrah jangan dilupa
apabila marah tersenyum pula
menyimpan malu di dalam diam
zakat fitrah jangan dilupa
hak saudaramu sesama Islam
menyimpan malu di dalam diam
dijentik cinta di sudut hati
hak saudaramu sesama Islam
amalan wajib bersihkan diri
dijentik cinta di sudut hati
hanyut rindu teman di rantau
amalan wajib bersihkan diri
aturan hidupmu tidaklah kacau

Thursday, August 18, 2011

indahnya ramadhan....hargainya

Kalau ku tahu, indahnya Ramadhan, tidak aku sia-siakannya ;

" Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup rapat pintu Neraka dan ditambat para Syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi. "
(Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nisai)

Dan puasa itu merupakan perisai, maka janganlah seseorang yang berpuasa itu berkata keji dan meninggikan suara atau mencaci maki. Dan seandainya dicaci oleh seseorang atau diajaknya berkelahi hendaklah dijawabnya: "saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!" (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nisa'i)

Secara tidak langsung, amalan dipertingkatkan pahala digandakan, ilmu juga ku perolehi. Alhamdulillah, ALLAH masih memberiku kesempatan untuk sama-sama meraikan bulan yang penuh keberkatan ini dengan pengisian amalan dan ilmu.

" Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman."
(Surah Azzariyat: 57)

"Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran."
(Surah al-Asr: 1-3)

Sepuluh hari permulaan puasa ku mengharapkan rahmat dari ALLAH, sepuluh hari mendatang ku mengharapkan maghfirah dan sepuluh hari di penghujungnya ku mengharapkan kebebasan dari api Neraka.

Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.

Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat Terawih,
Aku rindukan taddarus al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.

Ramadhan,
Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah.

"Puasa Itu Sebahagian Daripada Kesabaran

doa harian di bulan ramadhan




Doa Hari 1

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Doa Hari 2

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dad Semua Pengasih!!

Doa Hari 3

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!

Doa Hari 4

Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah- Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu. Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan- Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.

Doa Hari 5

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Sholeh Dan Setia Serta Jadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih.

Doa Hari 6

Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan- Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!

Doa Hari 7

Yaa Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang- Orang Yang Sesat.

Doa Hari 8

Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap

Doa Hari 9

Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan- Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa Hari 10

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada- Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari 11

Yaa Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Doa Hari 12

Yaa Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku Dengan Pakaian Qana'ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari 13

Yaa Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari 14
Yaa Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Karena Kekeliruan Yang Ku lakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan. Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala' Dan Malapetaka Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Doa Hari 15

Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu'. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari 16

Yaa Allah! Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Doa Hari 17

Yaa Allah! Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci.

Doa Hari 18

Yaa Allah! Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari 19

Yaa Allah! Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan Mudahkanlah Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau Jauhkan Aku Dari Ketertedmaan Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pembed Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.

Doa Hari 20

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Sorga Dan Tutupkanlah Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu'min.

Doa Hari 21

Yaa Allah! Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keridhoan- Mu. Dan Janganlah Engkau Bed Jalan Kepada Setan Untuk Menguasaiku. Jadikanlah Sorga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.

Doa Hari 22

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Karunia-Mu, Turunkan Untuk ku Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada Penyebab- Penyebab Keridhoan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Sorga-Mu Yang Luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari 23

Yaa Allah! Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku Dari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

Doa Hari 24

Yaa Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keridhoan- Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang Mendatangkan Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.

Doa Hari 25

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari 26

Yaa Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari 27

Yaa Allah! Rizkikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Sholeh.

Doa Hari 28

Yaa Allah! Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari 29

Yaa Allah! Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku Taufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Noda-Noda Fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu'min.

Doa Hari 30

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima Di Atas Jalan Keridhoan-Mu Dan Keridhoan Rasul. Cabang-Cabangnya Kokoh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian






Tuesday, August 16, 2011

menjadi yang lebih baik.....

jangan takut untuk megakui kesilapan sendiri                                                                                             mari mengubah diri menjadi orang yang bersikap baik sepenuhnya.

Kita tak akan dapat mengecapi kejayaan jika kita kekal dengan sikap sekarang ini. Kita kena ubah kepada sikap yang lebih baik supaya kita dapat mencapai tahap pencapaian yang lebih baik lantas membuat kita muncul lebih cemerlang dari orang-orang di sekeliling kita. Sikap yang baik, mendorong kita mengambil tindakan yang baik, hasilnya kita beroleh pencapaian yang baik-baik.

Mulai hari ini, ubah diri kita. Perbaiki sikap, cara bercakap, cara bergaul, cara kita memandang orang lain dan ubah persepi kita terhadap kehidupan. Hidup ini tidak kejam sebenarnya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri sebab kita tak mengubah perangai kita dan tindakan kita menjadi perangai baik dan tindakan yang baik untuk kita mendapat hasil yang baik.

Sama-samalah kita ingat mengingati. Ubah diri menjadi seseorang yang baik, supaya kita dapat mencapai kejayaan, seperti yang kita idamkan. Baik kepada orang lain, baik kepada diri sendiri.

"Jika kamu menjadi seorang adik, jadilah adik yang terbaik, jika kamu menjadi seorang abang, jadilah abang yang terbaik, jika kamu menjadi seorang anak, jadilah anak yang terbaik, jika kamu menjadi seorang suami, jadilah suami yang terbaik, jika kamu menjadi pemimpin, jadilah pemimpin yang terbaik, dan jika kamu sedar kamu adalah hamba Allah, maka jadilah hamba ALLAH yang terbaik" kata-kata dari seorang Ustaz ketika di sekolah menengah dulu masih terngiang di ingatan. Kata ini benar-benar memberi kesan kepada diri yang ketika itu sedang mencari hala tuju menjadi sorang hamba Allah.

"Bagaimana kita harus jadi yang terbaik ustaz? apakah itu maknanya kita harus sempurna dalam semua segi? "

"Menjadi yang terbaik dan sempurna itu adalah perkara yang berbeza. Tidak ada orang yang dapat mencapai kesempurnaan melainkan Rasulullah saw. Tetapi, untuk menjadi yang terbaik itu sudah tentu kita boleh" Jawab ustaz dengan ringkas.

"Jadi,apa erti sebenar untuk menjadi yang terbaik ustaz? macam mana saya nak jadi yang terbaik sedangkan diri saya ni masih banyak kelemahan"

" Untuk menjadi yang terbaik, kita harus ikhlas dalam apa jua peranan kita. Kalau kita diberi amanah, pegang betul-betul, kalau kita seorang pelajar, belajar betul-betul, begitu juga bila kita bekerja nanti, kerja betul-betul dan penuh amanah. Orang yang ikhlas akan sentiasa berusaha melakukan sesuatu itu semampunya dengan penuh keazaman dan iltizam"


"Setiap orang memang dilahirkan dengan kelemahan. Allah lahirkan kita dengan kelemahan agar kita berusaha untuk memperbaiknya.Jadi, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Panduan sudah ada yakni Rasulullah saw. Bagindalah contoh yang paling terbaik untuk kamu. Jika kamu mahu jadi yang terbaik, maka contohilah Baginda dari segala segi.. "
 Firman ALLAH dalam Surah Al-Baqarah


لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاAllah tidak Membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.... [2:286]
Allah tidak membebani hambaNya namun apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha semaksima mungkin untuk mencapai yang terbaik bagi diri kita.

Ramai yang menyalahgunakan ayat ini dengan memahami maksud ayat ini dari sudut yang lain contohnya...

" Aaah... penatlah.. aku rasa ini jer yang aku mampu buat... "

Ayat di atas menunjukkan kita tidak mahu berusaha ke arah maksimum tapi minimum. Nah.. inilah silapnya. Jadi, ikhlaskan hati kerana ALLAH swt dan jadilah yang terbaik dalam setiap apa yang kita lakukan

Contoh yang terbaik adalah Rasulullah saw itu sendiri. Dari sudut akhlak, contoh seorang pemuda, pemimpin, malah sebagai seorang suami, dialah yang terbaik. Saya mengagumi baginda SAW.

Untuk mencontohi dan belajar dari Rasulullah saw...Selami sirah-sirah baginda dan sunnah Rasulullah saw...




Monday, August 15, 2011

sempurnakah aku?

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna..banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan..sesekali langkah tersadung, rebah menyembah..sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan,menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul,usah di gusar pada anugerah Tuhan..anggaplah sesekali di duga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita utk bangun menjadi manusia sesempurna insan..

Saturday, August 13, 2011

mencari lailatul qadar..

PESANAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR ( HARI GANJIL ) BULAN RAMADHAN

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA' UNTUK MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI :

1 ) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

2) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN

3) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN

4) KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN

5 ) SABTU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN



Kata Sheikh Abu Hassan Bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas .

Walau bagaimanapun , janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga !!!



TANDA MALAM QADAR IALAH :

1 ) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas

2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat

3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba                                     Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita

Thursday, August 11, 2011

kelebihan solat terawih malam kesebelas hingga ke malam dua puluh

 Kelebihan Solat Tarawih Malam KesebelasIa meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


 Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


 Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


 Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


 Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


 Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


 Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


Tuesday, August 09, 2011

aku redha..


Usah di salahkan takdir yang melanda

Renung kembali sejarah silam

Dengan membiarkan ku sendiri

Ku terumbang ambing mengenal diri



Mujurlah Allah itu mengasihi

Aku diberi arah petunjuk

Berlindung dengan Allah

Menerus kehidupan

Ku mengenal makna

Dosa dan pahala



Dengan kehendakNya

Kau datang semula menghampiri ku

Dan aku terpaku

Hingga ku hilang tiap bicara



Bukan ku menjauhi

Tetapi amat sukar sekali

Bila kenang kembali

Aku disisih dan dibuang ke tepi

Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui

Yang ada di hati

Biar Dia menentukannya



Usah di salahkan takdir yang melanda

Renung kembali sejarah silam

Ku redha dan sedia, terima

Yang tertulis dalam kehendakNya






 

Monday, August 08, 2011

Ujian dan Dugaan: Tanda Allah Sayang

Di dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai البلاء (bala’) serta الفتنة (fitnah). Menurut kamus المحيط (al-Muhit), kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. [Al-Muhit, Kaherah, Mesir. http://lexicons.sakhr.com/intro/intro.aspx?fileurl=takdeem.asp]
Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.
Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.
Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]
Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan
Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Ganjaran menanti bagi yang diuji
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]
Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.
Hadith di atas termasuk dalam bab Sabar (الصبر) oleh Imam al-Nawawi dalam karya beliau dalam bidang hadith; iaitu Riyadh al-Salihin. Di sini dapat dijelaskan bahawa, bagi orang-orang yang beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah bersabar dengan segala dugaan serta mehnah yang diberikan oleh Allah kepadanya.
Jelas juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati.
Dalam ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari dengan syurga;

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]
Bentuk-bentuk ujian yang diberikan
Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya. Antaranya adalah;
1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)
Nabi Allah juga diuji
Para Nabi juga diuji. Dan ujian yang dikenakan kepada para Nabi adalah lebih berat berbanding manusia biasa. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;

إن أشد الناس بلاء الانبياء ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم

“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]
1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)
Bala’ dalam konteks semasa
Mehnah dan tribulasi dalam konteks kehidupan hari ini dapat dilihat di sekeliling kita. Bahawa setiap orang akan diuji dan tiada yang akan terlepas daripada ujian Allah. Perkara yang ringan pada seorang, adalah berat pada satu orang yang lain pula. Dan cara kita berinteraksi dengan dugaan yang mendatang adalah manifestasi keimanan kita kepada Allah. Pada kaca mata orang yang miskin, ujian buatnya adalah dengan kemiskinan. Namun buat orang yang kaya pula, kekayaannya menjadi ujian buat dirinya.
Manusia juga diuji dengan anak-anak. Ada orang yang mendapat anak yang cacat, menjadi dugaan kepada mereka. Ada orang yang mendapat anak yang tenggelam dalam jenayah. Juga menjadi ujian buat dirinya. Ada orang pula mendapat anak yang baik serta bijak. Namun itu juga boleh jadi dugaan buat dirinya.
Lain orang, lain kesusahan yang tertanggung.
Ada orang yang diberikan dengan kesakitan. Sebagai satu peringatan samada dia ingat serta beriman kepada Allah atau tidak. Ada orang pula diuji dengan kesihatan, yang mana jika dia lalai sewaktu sihatnya. Maka itu akan jadi liabiliti padanya. Ada orang diuji dengan kehidupan. Ada orang diuji dengan kematian yang terdekat.
Pendek kata, setiap orang akan, telah, atau mungkin sedang diuji. Namun dengan cara yang berbeza, dengan perasaan yang berlainan. Inilah kebijaksanaan Allah Azza wa Jalla yang menjadikan sesuatu pada takaran yang tersendiri.
Sabar sebagai pelampung bagi orang yang beriman
Orang yang beriman, telah diperingatkan oleh Allah Azza wa Jalla supaya bersabar dalam menghadapi masalah. Telah datang petunjuk buat orang beriman apabila diuji;

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون

Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]
Menurut al-Baghawi, al-Qurtubi menafsirkan arahan supaya bersabar itu adalah merujuk kepada; bersabar di atas ketaatan kepada Allah.
Kesabaran mesti dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk mengelakkan goyah iman serta berputus asa. Bahkan, kerana ketaatan jugalah, manusia akan menjadi redha atas ujian yang berlaku.
Sabar itu juga adalah sunnah para Nabi dan Rasul. Ini jelas sebagaimana dikhabarkan oleh Allah;

وإسماعيل وإدريس وذا الكفل كل من الصابرين

Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta ZulKifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. [Al-Anbiya’: 85]
Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم للأشج أشج عبدالقيس إن فيك خصلتين يحبهما الله الحلم والأناة

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam berkata kepada al-A-syaj Abdul Qays; “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” [Riwayat Muslim]
Kaedah Bersabar
Rasulullah melalui satu hadith mengisyaratkan bersabar itu perlulah pada awal kejadian atau pada kejadian yang pertama.

الصبر عند الصدمة الأولى

Bersabar itu adalah pada pukulan yang pertama. [Riwayat Muslim]
Jika dilihat pada sudut logik akal, manusia ini diukur pada peringkat yang awal. Peringkat pertama adalah yang paling penting dalam menghadapi sesuatu hal. Seandainya dia tidak mampu bertahan pada ujian yang awal. Nescaya, pada yang seterusnya dia mungkin saja rebah. Jadi, di sini, bilamana dikenakan ujian, maka penting sekali untuk kita membina ketahanan diri. Bukan atas faktor ‘alah bisa tegal biasa’, akan tetapi, apabila seorang manusia sudah mempunyai pengalaman pada yang awal tentu sekali dia sudah mula bersedia dan menjadi lebih rasional dalam menghadapi ujian lain yang sama takaran dengannya.
Kesimpulan
Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti aka nada perkara yang lebih baik menanti.
Maka, jadikanlah, atsar dari ‘Umar al-Khattab ini sebagai panduan.
Umar berkata, “Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157). Juga firman-Nya, “Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.” (al-Baqarah: 45) [Riwayat al-Bukhari, http://opi.110mb.com/haditsweb/bukhari/b23_kitab_jenazah.htm]
Wajib untuk kita bersabar, dan selain itu, untuk bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla. Kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari Allah Azza wa Jalla, sebagaimana hadith yang datang pada awal tadi.
Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]

Sunday, August 07, 2011

Cinta Allah, Cinta Rasul-Nya, Cinta Makhluk : Berbeza Atau Berkaitan

"Mulai hari ini, aku tidak akan mencintai sesiapa lagi, tidak akan mengharapkan cinta makhluk lagi, cukuplah Cinta Allah dalam hatiku."
Seorang remaja penuh semangat mengeluarkan kata-kata yang sangat puitis lagi menarik.
"Cintaku hanya untuk-Mu, Ya Allah.."
Slogan yang ditulis oleh seorang remaja, yang penuh keinsafan.
"Cinta akan Allah sebelum cinta akan hamba-NYA."
Seorang sahabat menasihati sahabatnya yang lain. Mungkin kebanyakan kita pernah terbaca atau terdengar ungkapan ini dan dengan penuh keyakinan kita menyokong dan menyetujuinya.
Namun, pernahkah kita terfikir sejenak dan sedalam-dalamnya sejauh mana makna dan maksud yang terkandung dari ungkapan tersebut.
Jika diselidiki, kebanyakan yang mengungkapkan ayat-ayat seperti ini terdiri daripada remaja yang pernah mengalami kekecewaan dalam cinta makhluk, ataupun ada juga remaja yang mengungkapkannya untuk menenangkan hati mereka sendiri, dek kerana lonjakan serta galakan jiwa remaja yang sedang bergelodak, ibarat api yang sedang membara, dan ia dijadikan sebagai air untuk memadamkan api tersebut.
Secara umumnya, ayat-ayat ini tiada masalah sedikit pun daripada segi maknanya, namun sedikit penelitian perlu diambil perhatian agar ayat yang mempunyai isi kandungan yang baik ini, tidak disalah ertikan, bahkan lebih bahaya jika digunakan di tempat yang salah.
"Perkataan kebenaran yang dimaksudkan (diinginkan) kebatilan." [Ali b. Abi Talib]
Maksud asal ungkapan itu benar dan tepat dari segi syarak, namun maksud orang yang melafazkannya adalah di luar landasannya.
Sama-sama kita renungkan dalil-dalil berserta penerangan yang akan dibentangkan di bawah, bagi merungkai kebuntuan dan salah faham berkenaan "ayat-ayat cinta" di atas.
Daripada Anas b. Malik, daripada Nabi S.A.W telah bersabda:
"(Seseorang kamu tidak beriman (masih tidak sempurna Iman) sehingga Allah dan Rasul-NYA lebih disayanginya (dicintainya) daripada apa yang selain kedua-dua itu (Allah dan Rasul-NYA)...)"
[Musnad Ahmad No.13991, Sheikh Shu'aib al-Arnouth menilai: Isnadnya Sahih mengikut Syarat Al-Bukhari dan Muslim]
Hadis ini menerangkan dengan jelas keutamaan untuk meletakkan Cinta dan Kasih Sayang kita kepada Allah dan Rasul-NYA melebihi segala-galanya, namun perlu diperhatikan Nabi S.A.W meletakkan rangkaian iaitu mencintai Allah (didahulukan) dan kemudian Rasul-NYA, bermaksud Baginda S.A.W mengingatkan kita supaya tidak pernah memutuskan dua rangkaian ini dalam perasaan cinta dan kasih sayang kita.
Ibarat lagu dan irama, kedua-duanya tidak boleh sama sekali dipisahkan, jika dipisahkan juga pincanglah kehidupan dan cacatlah kesempurnaan Iman kita kelak.
Sebagaimana dua kalimah syahadah yang sentiasa diucapkan di bibir kita, turut merangkaikan dua penyaksian bagi melengkapkan keISLAMan kita;

"Aku bersaksi bahawa Tiada tuhan (yang layak disembah) kecuali Allah (sahaja), dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu utusan Allah."
Justeru, "ayat-ayat cinta" di atas, perlu sedikit dibaik pulih agar sesuai dan berketepatan dengan hadis dan anjuran Nabi S.A.W iaitu merangkaikan Cinta Allah dengan Cinta Rasul-Nya.
Beberapa persoalan timbul, adakah Cinta Allah dirangkaikan dengan Cinta Rasul-NYA tidak boleh mempunyai kaitan dengan cinta kepada makhluk?
Adakah benar, Cinta Allah dan Rasul-NYA perlu disempurnakan terlebih dahulu, sebelum mendapatkan cinta makhluk?
Cuba kita singkapkan kembali sejarah penciptaan manusia, Allah menciptakan Adam pada mulanya, dan diciptakan Hawa selepas itu sebagai teman hidupnya, dimasukkan fitrah cinta dan kasih sayang sesama mereka. Oleh itu, perasaan yang kita miliki turun temurun ini bukanlah satu kesalahan atau dosa, bahkan semuanya untuk kebaikan dan kepentingan diri kita sendiri.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." [Ar-Rum, ayat 21]
Namun setiap kebaikan mampu menjadi keburukan jika salah aplikasinya, ibarat seorang mekanik motor yang mempunyai kemahiran tinggi, menggunakan kepakarannya untuk mengubahsuai motor bagi kegunaan mat rempit, maka berubahlah manfaat kepada mudarat.
Demikianlah juga cinta kepada makhluk, fitrah untuk manfaat, bukan fitnah untuk mudarat, yang penting mengikut saluran yang betul dan garis panduan yang telah Allah dan Rasul-NYA tetapkan.
Untuk persoalan kedua, akan terjawab dengan persoalan ini, adakah kita berkemampuan mendapatkan Cinta Allah dan Rasul-NYA secara sempurna sepenuhnya, bukankah manusia tidak pernah sunyi daripada membuat dosa? Bahkan dikuatkan lagi dengan hujah bahawa tahap keimanan kita juga ada turun dan naik sebagaimana air pasang surut, dan itu juga lumrah yang Allah ciptakan kepada kita.
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika kamu semua (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (sunnah-sunnahku), nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". [Surah Ali-Imran, ayat 31]
Ayat ini jelas menerangkan, perkaitan antara Cinta Allah dan Rasul-NYA, bermula dari mencintai Rasulullah S.A.W dengan mengikuti sunnah-sunnah Baginda S.A.W tanpa mempertikaikan atau mempersoalkan apabila jelas kebenarannya.
Jika hal ini dilaksanakan dengan penuh perhatian, dengan sendirinya Allah akan mencintai dan mengasihi kita, tanpa kita perlu mengungkapnya dengan "ayat-ayat cinta" di atas, bahkan Allah memberi bonus yang lebih hebat, iaitu dijanjikan pengampunan dosa, sebagai ganjaran besar kerana mengikut sunnah Rasul-NYA.
Kesempurnaan Cinta Allah dan Rasul-NYA adalah mustahil, namun mendahului Cinta Allah dan Rasul-NYA adalah perlu. Inilah maksud hadis yang telah diterangkan sebentar tadi dan ayat di atas ini bahawa setiap yang kita lakukan di dunia ini adalah sebagai bekalan di akhirat dan mestilah berpandukan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. Itulah bukti besar Cinta kita kepada Allah dan Rasul-NYA, tanpa melebihkan sesuatu selain kedua-duanya.
Secara ringkasnya, Cinta Allah akan diperolehi dengan sendirinya, jika Cinta Rasul-NYA dititikberatkan sepenuh hati. Insya-Allah.
Apakah pula kaitan cinta Allah dan Rasul-Nya dengan cinta makhluk?
Begitulah halnya kaitan dengan cinta makhluk, disebut dalam satu hadis berkenaan tiga orang yang datang bertanya isteri-isteri Nabi S.A.W berkaitan hal ibadah Baginda S.A.W di rumah, selepas mendengar hal tersebut, mereka mula berfikir bahawa Nabi S.A.W yang telah diampunkan segala dosa, begitu kuat ibadahnya, bagaimanalah nasib mereka jika dibandingkan dengan Nabi S.A.W.
Lantas salah seorang dari mereka mengatakan bahawa akan solat sepanjang malam (tanpa tidur) selama-lamanya, seorang lagi mengatakan bahawa akan berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, dan seorang lain pula mengatakan bahawa akan menjauhkan diri dari wanita-wanita, dan tidak akan berkahwin selama-lamanya. Pada ketika itu Nabi S.A.W telah datang, dan bersabda:
"Kamukah yang telah berkata begini dan begini (sebagaimana yang mereka katakan sebentar tadi), DEMI ALLAH, aku adalah orang yang paling takut dan bertaqwa kepada Allah dari kalangan kamu semua, akan tetapi AKU BERPUASA dan BERBUKA, AKU SOLAT (malam) dan AKU BERBARING (tidur), AKU JUGA MENGAHWINI WANITA-WANITA, Sesiapa yang benci akan sunnahku, maka bukan dari kalanganku (yakni bukan umatku)."
[H.S.R al-Bukhari 5063, Muslim 3384, Ahmad 13568, an-Nasa'I 6/60]
Hadis panjang ini jelas menunjukkan kepentingan mengikut sunnah Nabi S.A.W, termasuk cinta makhluk mengikut saluran yang betul, iaitu BERKAHWIN.
Dalam hadis lain juga disebut galakan berkahwin iaitu saluran betul untuk cinta makhluk, hadis berbunyi:
"Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar"), maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya." [al-Bukhari 1905, Muslim 1400]
Sunnah Nabi S.A.W adalah sesuatu yang syumul (lengkap dan sempurna) meliputi segala aspek kehidupan di dunia dan untuk akhirat. Cinta Makhluk dan pelbagai lagi isu kehidupan semuanya terkandung dalam Sunnah Nabi S.A.W, maka jika kita mengabaikannya, kita tidak mengikut sunnah, bagaimana hendak memperolehi cinta Allah?
Kesimpulannya, Cinta Allah adalah Cinta Teragung, namun dalam membicarakannya adakah kita di landasan yang betul atau sekadar mengikut fikiran kita tanpa berpandukan Kitab-NYA dan Sunnah Rasul-NYA, yang telah jelas menerangkan perkaitan antara Cinta Allah, Cinta Rasu-NYA dan Cinta Makhluk yang menjadi pecahan kecil dalam Cinta Rasu-NYA...
Akhir sekali, tiadalah lagi masalah atau perbalahan tentang Cinta Allah adalah segala-galanya, bahkan dianjurkan sedikit pengubahsuaian dari segi ungkapan ayat tersebut iaitu "Aku mencintai Allah dan Rasul-Nya dan aku mencintai makhluk pula mengikut anjuran Rasul-Nya berlandaskan al-Quran dan Sunnah."
Namun, jangan disalah ertikan pula kandungan artikel ini, bukan untuk mempromosikan Cinta Makhluk tanpa batasan, segala-galanya telah diterangkan sebelum ini dalam artikel "Cinta Halal dan Hikmah Istikharah" berkenaan cara-cara cinta makhluk yang sebenarnya mengikut landasan al-Quran dan Hadis. Sila rujuk artikel tersebut untuk mengetahuinya secara lebih lanjut. Wallahu'alam.
-Artikel iluvislam.com

Friday, August 05, 2011

puasa dan terawih menghapus dosamu

MUKMIN yang taat kepada perintah Allah sentiasa bergembira dan merindukan kehadiran Ramadan, bulan agung penuh barkah dan kerahmatan. Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini, sewajarnya bersyukur.


MUKMIN yang taat kepada perintah Allah sentiasa bergembira dan merindukan kehadiran Ramadan, bulan agung penuh barkah dan kerahmatan.

Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini, sewajarnya bersyukur. Ia adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri, memperbanyak dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa.

Kesempatan yang sangat bernilai ini, sewajarnya direbut, sekali gus berazam untuk melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya.

Ramadan menurut istilah Arab bererti terlampau panas. Mengikut sejarah, sewaktu ingin meminda nama bulan daripada bahasa lama kepada yang baru, bangsa Arab menamakannya mengikut suasana/keadaan yang berlaku pada sesuatu masa tertentu.

Kebetulan suasana waktu itu terlalu panas, maka dinamakan Ramadan. Dapat juga difahami bahawa dengan makna ‘terlalu panas’ itu, maka Ramadan dapat membakar segala dosa orang mukmin menerusi pelbagai ibadat yang dilaksanakan dengan penuh ikhlas seperti berpuasa dan solat Tarawih.

Nabi Muhammad bersabda maksudnya:


“Sesiapa berpuasa pada Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad).




Alangkah ruginya jika kebanyakan umat Islam mensia-siakan atau tidak memanfaatkan kedatangan Ramadan yang sebentar itu dengan kerja kebajikan. Perkara ini kerana pada bulan inilah Allah memberi banyak keistimewaan iaitu berupa ganjaran pahala berganda bagi setiap amalan baik yang dikerjakan. Ia tidak dikurniakan Allah pada bulan lain.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda :


“Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadan berlaku sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya).



Ramadan hadir membawa rahmat serta maghfirah (keampunan) Allah. Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat ganda bagi setiap ibadat wajib yang dilakukan pada Ramadan. Satu ibadat wajib pada Ramadan menyamai 70 ibadat wajib di luar Ramadan, manakala ibadat sunat akan mempunyai nilai yang sama dengan ibadat wajib apabila dilakukan dalam Ramadan. Malah, segala bentuk kebajikan sekecil dan seringan mana pun, jika dilakukan dengan ikhlas pada Ramadan mengandung nilai ibadat.

Peluang umat Islam mengaut ganjaran pahala yang Allah tawarkan sangat terbuka luas melalui pelaksanaan pelbagai ibadat yang menjanjikan pahala berganda. Ini seperti membaca dan bertadarus al-Quran, berzikir, bersedekah, beriktikaf, berselawat, solat Tarawih serta ibadat sunat lain, selain solat fardu.

Ramadan adalah bulan yang dimakbulkan doa, bulan Allah memberi pengampunan, bulan penyucian diri, malah tidur dan tarikan nafas seorang mukmin diberi pahala ibadat.

Berdasarkan beberapa penjelasan hadis, dapat disimpulkan bahawa Ramadan adalah bulan ibadat iaitu bulan yang pada satu sisi mampu memperbanyak pelbagai nilai positif atau pahala. Pada sisi lain mampu pula menghanguskan pelbagai nilai negatif atau dosa.

Pengumpulan pahala secara besar-besaran seiring dengan penghapusan dosa itu, dihasilkan menerusi pelbagai bentuk ibadat dan amalan soleh, baik yang berbentuk wajib mahupun sunat.

Dua ibadat yang menjadi inti amaliah Ramadan ialah puasa dan solat Tarawih. Dua jenis ibadat itu mampu menawarkan kedua-dua sisi di atas iaitu pengumpulan pahala dan penghapusan atau pembakaran dosa.

Oleh kerana puasa dan solat Tarawih adalah ibadat istimewa pada Ramadan, maka apabila ia dilakukan dengan sempurna dan ikhlas, seseorang itu akan meraih ganjaran pahala berlipat ganda. Ternyata pada masa sama, hasil pelaksanaan puasa dan ibadah Tarawih, sekali gus juga menghapuskan dosa

Perkara itu sesuai dengan sabda Nabi bermaksud:



"Ramadan adalah bulan yang Allah telah memfardukan atasmu berpuasa dalamnya, dan aku telah mensunahkan bagimu berdiri dan beribadah pada malamnya. Barang siapa berpuasa dan bersolat lail (Tarawih) kerana iman dan kerana mengharapkan Allah, nescaya dia keluar daripada dosanya, bagaikan bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Abu Hurairah).