Tuesday, July 26, 2011

ketenangan dan kebahagiaan

 


Semua manusia memburu ketenangan dan kebahagiaan...
kerana ia fitrah semulajadi manusia..
Dimana ketenangan dan dimana bahagia pada harta,pangkat dan kuasa atau pada pada kecantikkan wanita...?
Kalau di situlah kebahagiaan..
Mengapakah jutawan berpenyakit jiwa?
Mengapa yang berpangkat pemarah dan emosi sahaja?
Mengapa yang punya kuasa berkrisis sentiasa?
Mengapa gila wanita selalu kecewa?...
Di mana ketenangan?
di mana kebahagiaan manusia?
Sudah lama manusia mencari tiada jumpa..
Terumbang-ambinglah mereka..
Di tengah kemodenan hidupnya canggih
Tapi jiwanya tersisih sedih....
Manusia kehilangan kebahagiaan
Walau sentiasa memburunya..
Yang disangka bahagia itu rupanya mengecewakan..
Harta, pangkat dan kuasa jua wanita
Semuanya menipunya...
Manusia kecewa dimana-mana....
Di mana ketenangan?
Di mana kebahagiaan manusia...?
Ya Allah, itulah tuhan sumber kebahagiaan..
Kenali dan cintailah Allah..
kerana Allah menyintai kita
Cintakan Allah tiada kecewa...
Beriman kepada-Nya
Dan sembahlah Dia...Ikuti syariat-Nya..
Tawakkallah kepada-Nya..
Pintalah kepada-Nya, berbaik sangkalah kepada-Nya
Itulah penenang jiwa,ubat jiwa yang lara
Nikmat bahagia pasti dirasa....

No comments:

Post a Comment