Tuesday, December 27, 2011

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud


Dalam tidak sedar.Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami...sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah



Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)



Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,



Warhamni (sayangi aku)



Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..



Wajburnii (tutuplah aib-aibku) Janganlah buka aib yang Allah dah tutupkan. Minta petunjuk dan hidayah Allah.



Warfa’nii (angkatlah darjatku) Mohonlah supaya darjat kita diangkat menjadi hamba Allah yang saleh dan solehah.



Warzuqnii (berilah aku rezeki) Ingatlah, Allah lah yang memberi REZEKI. Rezeki seseorang itu telah di tetapkan.



Wahdinii (berilah aku petunjuk) Mohonlah petunjuk dan hidayah Allah supaya di tunjuki jalan yang di redhai Allah.



Wa’Aafinii (sihatkan aku)



Mohonlah kesihatan supaya kita dapat beribadah.



Wa’fuannii (maafkan aku) Mohon keampunan dari Allah setiap masa.



Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita kepada Allah. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini. Sebuah doa yang kita hanya lupakan begitu sahaja. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati kita tidak hadir dan sungguh-sungguh

Monday, December 26, 2011

aku malu padaMu Ya ALLAH..

Termenung sendiri di luar tingkap. Memandang ciptaan ALLAH yang maha agung. Hebat sungguh ciptaanNya. Segalanya indah belaka. Musim berganti musim. Daun luruh dan tumbuh. Semuanya sesuai dengan aturannya.

Bila memandang diri, terasa malu dan hina. Malu sekali. Selepas mandi di lautan taubat terjun semula ke lumpur maksiat. Allah Allah Allah. Berulang kali berdoa memohon ampun dosa yang sama.

Sampai bila akan begini?

Nikmat tak pernah terhenti meski hati berulang kali mati. Perasaan malu makin tebal setiap hari.

Mencemar hati setiap hari. Membersih dan lalu mengotorinya kembali.



Menyoal pada diri..


Ya Allah, hamba jenis apakah aku ini?


Ketika nikmat yang Engkau anugerahkan kepadaku. aku lalai padaMu
Namun, tika dugaan yang datang kepadaku. aku meraung menyeru namaMu.


Allahurabbi.


HambaMu ini malu padaMu ya Allah


Malu semalunya.


"Allah tidak pernah mengecewakan kita, tetapi kita yang selalu mengecewakan Allah"


Peringatan untuk diri yang selalu lalai dengan duniawi.
Ampunkan daku wahai Tuhan yang Maha Mengasihani. :(





Ya Allah!

Hidupkanlah daku sekiranya kehidupan itu baik untukku.

Matikanlah daku jika kematian itu baik untukku.

rezeki..

Pernahkah anda terasa suatu hari yang malang? Pernahkah anda mengalami kesulitan yang tidak berkesudahan? Adakah anda rasa gaji anda tidak pernah mencukupi? Adakah anda rasa perniagaan anda tidak membuat keuntungan? Adakah anda letih berusaha tetapi tidak pernah berhasil?

Sekiranya anda pernah mengalami salah satu situasi di atas, kisah berikut mungkin sesuai untuk dijadikan tips supaya dimurahkan rezeki dan dijauhkan kesulitan oleh Allah s.w.t. Abu Yazid Al Busthami, seorang ahli sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu, “Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah saya tinggal ibadah saya kepada Allah. Sewaktu orang lain sedang tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Tuan Guru menjawab sederhana, “Perbaiki penampilanmu serta ubah air muka dan raut wajahmu. Tahukah kamu, Rasulullah s.a.w adalah seorang yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.

Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasiannya juga selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya sentiasa mengukir senyum mesra. Air mukanya berseri.

Tidak hairanlah jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, tanda-tanda di awal sesuatu pekerjaan yang berhasil adalah air muka yang ramah dan penuh senyuman.

Bahkan Rasulullah s.a.w menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula dengan perhubungan suami isteri. Alangkah celakanya rumahtangga jika suami isteri selalu berwajah tegang.

Tidak ada masalah yang dapat diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Sebaliknya dengan hati yang tenang, fikiran yang segar dan wajah yang ceria, insya-Allah segala masalah dapat diatasi.

Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang di dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Sunday, December 25, 2011

nur kasih...

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata

(Mekar hidup ini disirami nur kasih)

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

(Mekar disiram nur kasih)

celikkah mata hati...?

Jika ditanyakan siapa kita? Ramai yang tahu bahawa kita adalah hamba Allah. Namun berapa ramai antara kita yang sedar bahawa kita hamba Allah? Ya, ramai manusia hanya tahu tetapi tidak sedar bahawa dirinya hamba Allah.

Justeru, ramai yang berlagak seolah-olah ‘tuan’ dalam kehidupan sehari-hari. Sikap angkuh, tamak, pemarah dan bangga diri yang sepatutnya tidak ada pada diri seorang hamba, menjadi tabiat dan budaya dalam kehidupan. Ya, tahu dan sedar adalah dua perkara yang sangat berbeza.

Tahu letaknya di akal, dengan memiliki ilmu dan maklumat. Manakala kesedaran letaknya di hati ,dengan memiliki penghayatan dan hikmah. Ini menjelaskan mengapa ada pelajar yang lulus A1 dalam mata pelajaran agama Islam tetapi tidak solat. Dia mungkin tahu tentang kebaikan solat tetapi tidak sedar akan kebaikan itu. Tahu, hanya ‘di permukaan’, yakni baru bersifat pengetahuan dan teori. Manakala sedar adalah mendalam, melibatkan kemahuan dan amali.

Sayidina Ali k.w. yang antara lain menyebut “Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar).” Kata-kata itu sungguh mendalam dan tersirat maknanya. Rupa-rupanya hanya apabila seseorang itu mati kelak barulah hakikat kehidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya. Ketika itu barulah si mati dapat “melihat” hidup dengan jelas dan tepat.

Setelah diri berada di alam barzakh (alam kubur), barulah manusia insaf apakah yang sebenarnya yang perlu dicari dan dimiliki dalam hidupnya ketika di dunia dahulu. Aneh, hanya apabila meninggal dunia, baru manusia menyedari tentang hakikat hidup di dunia. Seperti kata pepatah, “Setelah terantuk (mati), barulah dia tengadah (sedar).” Rupa-rupanya apa yang diburu semasa hidup di dunia hanyalah dosa. Manakala apa yang dihindarinya pula adalah pahala.

Betapa tersasarnya tujuan hidup selama di dunia akibat buta mata hati. Dalam alam kubur, ketika debu-debu tanah menjadi ‘bumi dan langit’, barulah kita terjaga daripada “mimpi” selama ini. Sayangnya, pada ketika itu, segala-galanya sudah terlambat. Apa gunanya sedar di alam kubur kerana saat itu kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk memperbaiki keadaan. Sepatutnya kesedaran semacam itu perlu kita miliki sewaktu hidup di dunia ini. Jelaslah, sekiranya hidup di dunia dilalui dengan penuh kesedaran, barulah ada kebaikan dan manfaatnya. Sebaliknya, sekiranya kesedaran itu hanya dimiliki di alam kubur, maka segala-galanya sudah terlambat!

Kesedaran itu terletak di mana? Apabila Sayidina Ali menggunakan istilah ‘tidur’ dan ‘terjaga’, apakah beliau merujuk kepada mata? Selalunya, ketika hidup mata seseorang terbuka (terjaga) dan apabila mati matanya tertutup. Tetapi anehnya, Sayidina Ali menyatakan sebaliknya bila hidup, yakni ketika mata terbuka itu yang dikatakan bermimpi manakala apabila mati (mata tertutup) dikatakan terjaga.

Apa yang dimaksudkan oleh Sayidina Ali dengan ‘terjaga’ (tersedar) tidaklah merujuk kepada mata di kepala, sebaliknya merujuk kepada mata di hati (di dalam dada). Ramai manusia yang hidup dengan mata hati yang tertutup. Bila mati baru mata hati itu terbuka. Mata hati inilah yang disebut dalam al-Quran sebagai yang ‘berada di dalam dada’. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu dengan hati yang mereka miliki dapat memahaminya atau dengan telinga yang mereka miliki dapat mendengar semuanya?

Sesungguhnya (mereka yang tidak memahaminya) bukanlah kerana mata yang buta, tetapi yang buta itu ialah hati yang tersembunyi di dada.” (Surah al-Haj 22: 46) Seseorang akan memiliki satu kesedaran hanya apabila mata hatinya terbuka. Dia melihat sesuatu bukan hanya dengan pandangan mata kepala malah disertai dengan pandangan mata hati. Pandangan mata hati adalah pandangan yang paling tepat dan benar kerana ia mampu melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat, dapat menerobos yang batin daripada yang lahir dan mampu membezakan antara yang hakiki dengan yang ilusi.

Jasad yang tercipta dari tanah, bukanlah hakikat diri kita. Ia akan kedut, reput bahkan hancur akan dimamah ulat, cacing dan tanah. Tetapi diri kita yang hakiki ialah budi pekerti kita, yang tidak akan hancur selama-lamanya. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Apa yang dilihat dengan pandangan mata hati inilah yang dikenang oleh manusia dan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah tidak menilai rupa lahir kamu tetapi Allah menilai amalan dan hati kamu.”

Demikianlah apa yang dikatakan celik mata hati atau kesedaran. Tegasnya, mata hati akan celik hanya apabila kita melihat kehidupan ini sejajar dengan kehendak atau ketetapan Pencipta hidup – Allah. Inilah pandangan hidup yang paling jelas tepat. Bermula dengan pandangan yang tepat inilah kita boleh menjalani hidup dengan sebaik-baiknya.

Jika tidak, terjadilah apa yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami sediakan bagi neraka jahanam itu golongan jin dan manusia yang mereka itu mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu ibarat binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raaf :179).

Friday, December 23, 2011

jangan bersedih..la tahzan

Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati.


Wahai hamba Allah, iaitu saya dan kamu..

Jangan bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan hari nya. kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputus asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan.

Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga mawar yang mekar mewangi terus menjadi layu. Kita sendirilah yang menggerakkan saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.

Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita disisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. berapa banyakkah dosa kita? sikitkah? banyakkah? terhitungkah? Allahu Rabbi... Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita supaya sentiasa bertaubat kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam nur hidayah yang diidami..sama-sama kita renungi diri kita ini lebih-lebih lagi yang menulis ini dan sahabat-sahabat yang dikasihi. insyaAllah, moga Allah redha ke atas kita semua.



Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman. :)

malas...

Malas. Satu kata yang kadangkala menjadi zikir dalam hidup kita. Seringkali dilafaz oleh lidah apabila sehingga terlupa bahawa kata-kata itu adalah doa. Tertanya-tanya juga, apakah fisiologi perubahan yang berlaku didalam diri tatkala kita diserang virus malas. Tidak pasti sama ada pakar psikiatri dan psaikologi mempunyai jawapan dan penerangan kepada perubahan dalam diri yang berlaku tatkala kita dilanda malas.

Malas. Tidak sama sekali dikira sebagai satu penyakit ataupun masalah sama ada masalah fizikal ataupun masalah psaikiatri, namun yang pasti semua merasakan ia adalah satu masalah. Yang pasti tiada ubat, pil mahupun suntikan untuk merawat penyakit malas ini. Tiada siapa pun yang suka apabila dirinya dilanda serangan malas. Kadangkala mencari pil-pil mujarab untuk ditelan bagi menghilang rasa malas.
Sukar. Itulah satu kata bagi menggambarkan keadaan diri bila diserang penyakit malas. Sukar bila terpaksa bergelut dengan diri melawan rasa. Berperang dengan rasa bersalah dan dosa. Perkara yang sering melanda diri adalah apabila diserang penyakit malas untuk belajar, kadangkala terasa malas nak menyiapkan amanah dakwah yang telah diberikan, kadangkala pula terasa malas dalam meneruskan istiqamah dalam beribadah sunat. Gejolak jiwa berperang dengan rasa malas dan bersalah. Hanya tuhan yang tahu.
Tabah. Dikala itu, hati perlu tabah. Perlu kuat dan tegar. Pil yang dicari untuk ditelan sebenarnya tiada. Hanya Allah yang ada untuk mengadu agar dibuang jauh rasa malas itu. Ketabahan itu bukan semata-mata tabah, tetapi tabah yang memerlukan iltizam dan semangat. Tabah supaya tidak dibiarkan rasa malas itu berlarutan dan menguasai diri. Biar kita dapat kekang rasa malas itu supaya tidak merebak dengan ketabahan kita.
Nilai. Maka disitulah nilainya pada rasa malas itu. Untuk mendidik rasa dan diri untuk tabah dan terus berjuang untuk memerintah akal dan hati sendiri. Tatkala kita rajin, semua benda terasa mudah untuk dilakukan. Belajar menjadi mudah, untuk beribadah tidak susah malah sangat bersemangat dan rajin untuk beribadah, tanpa perlu disuruh dan dipaksa. Apabila malas mula menjelma, kadangkala banyak alasan yang terlafaz dibibir sebagai penutup rasa malas itu. Maka disitulah nilainya malas. Saat hati terasa berat, maka perlu menggagahkan diri untuk melawan rasa, maka itulah nilai tarbiyahnya. Tarbiyah yang luar biasa untuk mendidik jiwa yang bebas merdeka agar tabah dan gigih berjuang mempertahankan iman dan mengekang nafsu. Itulah nilainya. Bila terasa sukar, kita gagahkan diri, maka nilainya kita biarkan Allah untuk menghakiminya. Yang penting kita terus berusaha untuk tabah.
Positif. Malas itu mempunyai nilai untuk membentuk diri kita. Hadapi serangan rasa malas dengan positif dan optimis untuk tabah dan berjuang. Insyaallah, ada nilainya dalam melatih dan membentuk diri kita menjadi muslim yang unggul. Allah mengirimkan malas itu sebagai ujian buat kita untuk sentiasa ingat kepada-Nya, bukan sebagai satu perkara yang sia-sia, namun jangan kita dibinasakan oleh rasa malas itu. Selamat bermujahadah melawan rasa malas. Pesanan semata-mata buat diri sendiri yang diserang virus malas

Thursday, December 22, 2011

persembahan seorang hamba...


Azan
Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar....Allahuakbar.....laungan gema suara bilal melaungkan azan kali ini dirasakan 
berbeza....ya sangat berbeza,seruan itu seakan menusuk, 
menggerudi dan terus menggegarkan hati,
seolah-olah yang didengar itu merupakan tiupan kedua 
sangkakala israfil, mengejutkan dan membangkitkan setiap jiwa dari
lamunan tidur alam barzakh,
 Wuduk
derapan kaki jemaah menuju ke masjid jelas kedengaran,
lalu anggota disucikan oleh titisan wudu' dengan teliti...,
seperti orang yang sedang membersihkan dosa
yang melekat pada setiap anggota,
sebagai persediaan untuk berdialog dengan Allah
tatkala mempersembahkan diri dalam solat.

Berdiri tegak
saat berdiri di belakang imam cukup mendebarkan,
jantung berdegup kencang, menggegarkan seluruh tubuh,
dengan rasa rendah diri, khauf(takut), raja'(mengharap),

semuanya bercampur-baur.waktu itu dirasakan seolah-oleh sedang 
menunggu waktu untuk dihisab,menghitung amalan dihadapan Allah,
pada hari saat ketika semua harta dunia tidak berguna,
semuanya bergantung pada amalan dan redha Allah semata-mata.

Takbirratul ihram
takbiratul ihram menjadi batasan pemisah sementara,
antara hati dengan hubungan dengan dunia...
ucapan Allahuakbar difahami jelas oleh hati..tiada yang lebih besar...
hanya Allah..Allah...Allah,
takbir ini seakan mencantas sehabis-habisnya,
perasaan sombong, riak, dan 'ujub,
atas kesedaran diri hanyalah seorang hamba,
hamba yang bergantung 100% pada Penciptanya,

 Iftitah
bacaan doa iftitah...diperhati dengan teliti....
dimula dengan pujian pada Allah terus dari hati....,
menghadap wajah pada Allah...

bukannya sekadar wajah lahiriyyah tetapi wajah hati...,,

hati yang pada mula tadi khusu',khauf (takut),raja'(mengharap),
dipenuhi rasa ubudiyyah( perhambaan) hanya pada Allah.

andai membaca al-quran itu saat mendengar kata-kata Allah,
solat pula merupakan saat kita berdiolog denganNya,

Wednesday, December 21, 2011

sebuah perjalanan...

Alam langit selalu diwarnai dengan perputaran bersama-sama dengan apa yang terkandung di dalamnya. Ia tidak pernah berhenti dan diam. Seandainya ia diam nescaya alam semesta ini hancur dan sirna. Perputaran bintang-bintang di angkasa merupakan perjalanan mereka, seperti dijelaskan oleh al-Qur'an "Dan telah Kami tetapkan bagi bulan tempat-tempatnya" (Q.S Yaasiin :39).

Bergeraknya empat arah angin, bergeraknya janin-janin dalam setiap detik dengan perubahan dan perpindahan pada setiap nafas, perjalanan fikiran antara hal terpuji dan tercela, perjalanan nafas yang dihembuskan oleh mereka yang bernafas, perjalanan mata antara bangun dan terpejam, perjalanan pandangan dari satu dunia ke dunia yang lainnya dengan pengamatan dan I'tibar, semuanya adalah perjalanan yang dicerna oleh akal manusia.

Ada yang berkata bahawa dunia fisik ini sejak diciptakan oleh Allah senantiasa dalam perjalanan (proses) yang menempati ruang dan tak pernah berhenti. Maka sebenarnya kita semua senantiasa dalam perjalanan itu, sejak kelahiran kita, kelahiran nenek moyang kita sampai masa yang tak berujung. Ketika kamu merasa sampai di satu tujuan kemudian kamu berkata: "Inilah sebenarnya tujuanku", tiba-tiba terbuka untukmu jalan-jalan yang lain dan jalan itu terus bertambah, lalu kamu pun meninggalkan tempat itu.

Tidak ada satu pun tempat dimana kamu sampai kepadanya, meskipun kamu telah berucap "Inilah tujuanku", pasti sejenak setelah itu kamu meninggalkan tempat itu untuk melanjutkan perjalanan yang lain. Betapa banyak kamu berjalan melewat tingkat-tingkat kejadian dalam dirimu, mulai dari darah yang mengalir di tubuh bapak dan ibumu, kemudian darah itu berkumpul membentukmu entah dengan atau tanpa kesengajaan mereka. Kamu pun berubah menjadi mani (sperma), lalu berubah menjadi segumpal darah, lalu kamu melalui itu dan berubah menjadi segumpal daging, lalu tulang yang kemudian terbungkus daging, lalu ditumbuhkan sekali lagi dan dikeluarkanlah kamu ke dunia. Lalu kamu pun melalui masa bayi, ke masa kanak-kanak lalu ke masa remaja dan dewasa, lalu ke masa tua dan pikun, inilah masa yang paling hina dari umurmu.

Dari situ kamu pun pergi ke alam barzakh, setelah itu kamu akan melaluinya menuju hari kebangkitan. Kamu pun akan melalui jambatan (shirat) yang akan menghantarkanmu ke syurga atau ke neraka, bila kamu memang penduduknya. Namun apabila kamu bukan penduduk neraka, kamu masih akan melalui perjalanan neraka menuju syurga dan dari syurga ke tempat melihat Allah dan begitulah selamanya, kamu akan mundar-mandir dari syurga ke tempat melihat Allah. Mereka yang di neraka juga terus mengalami perjalanan, naik dan turun silih berganti seperti sepotong daging yang direbus di dalam periuk di atas api yang membara "Setiap kali kulit mereka terkelupas, Aku gantikan dengan kulit yang baru agar mereka merasakan pedihnya siksaan-Ku" (An-Nisaa :56).

Tidak ada yang diam dan berhenti di alam ini. Siang dan malam, dunia ini senantiasa diwarnai dengan gerak dan perubahan yang silih berganti. Fikiran, perilaku dan sifat juga demikian, senantiasa berubah silih berganti bersama perubahan siang dan malam dan bersama silih bergantinya hakikat ilahiyah di atas semuanya. Hakikat ilahiyah terkadang turun dengan nama-Nya Yang penuh kasih sayang, terkadang dengan nama-Nya Yang Maha menerima taubat, Maha Memaafkan, terkadang dengan nama-Nya Yang Maha Memberi rezeki, Maha Mengurniai dan terkadang turun dengan nama-Nya Yang Maha Membalas dan dengan semua nama-nama Ilahiyah-Nya. Hakikat ilahiyah tersebut terkadang turun kepadamu dari keagungan-Nya dengan kurnia, rezeki, dendam, taubat, ampunan dan kasih sayang. Ia turun kepadamu atas permohonan dan ia turun dari-Nya atas kurnia.

Dari situ seorang hamba hendaknya berfikir, agar menyelami perbezaan antara perjalanan yang ia diperintah untuk mempersiapkannya, perjalanan yang di dalamnya penuh dengan kabahagiaan, iaitu perjalanan kepada-Nya, bersama-Nya dan dari-Nya. Semua perjalanan ini telah disyariatkan kepadanya. Dan antara perjalanan yang tidak diperintahkan untuk mempersiapkannya, seperti mengayunkan kaki di atas bumi ke jalan yang halal, perjalanan dagang untuk melipatgandakan harta dan menyimpannya, dan seperti perjalanan nafas keluar dan masuk. Ini merupakan keperluan bagi pertumbuhannya. Kita berdoa kepada Allah agar dikurniakan akhir yang penuh bahagia dan kesehatan yang sempurna.

cinta untuk siapa?

Tahukah anda?
Sesungguhnya CINTA adalah limpahan kasih-sayang YANG MAHA PENCIPTA kepada semua makhluk CIPTAANNYA. Ini juga bermakna CINTA merupakan anugerah ALLAH kepada hambaNya (MANUSIA). Sepertimana maksud firman Allah dalam surah Thaha ayat 39:
"Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih-sayang yang datang daripadaKu dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanKu."

Ayat di atas menjelaskan peristiwa ketika Allah mengilhamkan kepada ibu Nabi Musa a.s supaya memasukkan bayinya ke dalam peti dan dihanyutkan di Sungai Nil. Sehingga sampai ke istana Firaun yang sangat zalim yang dikenali sebagai musuh Allah. Dia juga merupakan musuh Nabi Musa a.s. Diiringi dan disusuli kakaknya yang menunjukkan kepada Asiyah isteri Firaun, siapa yang sesuai menyusui bayi Musa. Semuanya telah Allah atur begitu rupa menepati maslahat yang baik di sisiNya. Musa diasuh oleh Asiyah yang beriman, di istana Firaun. Dapat pula disusui oleh ibu kandungnya. Begitu besar rahmat Allah. Mengatur begitu rapi demi satu perencanaan besar, untuk tanggungjawab nubuwwah. Bakal menyebar kebenaran bagi seluruh alam...!

Hakikat Lebih Awal.
Pada penciptaan manusia yang pertama lagi; iaitu NABI ADAM a.s, terbukti CINTA itu FITRAH INSAN. Dikatakan demikian kerana pada mulanya Adam yang Allah ciptakan dan lantik sebagai khalifah Allah hidup sendirian. Ketika itu belum ada manusia lain selain dirinya. Dia berasa kesunyian dalam kemewahan hidup di syurga. Kemudian Allah menciptakan pula Hawa menjadi teman dan isteri bagi Adam. Mereka menjadi penghuni syurga buat beberapa ketika. Disebabkan mereka terpedaya dengan hasutan iblis, maka mereka dicampakkan ke dalam kehidupan dunia!. Begitulah bermulanya hidup manusia di mayapada ini. Namun mesti difahami, semuanya telah Allah atur sebaik-baiknya di dalam dakapan KASIH ILAHI lagi HAKIKI. Supaya dengannya kita sentiasa terpimpin ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat kelak.

Sudah Jatuh Cinta?
Sering kita mendengar orang berkata; TAK KENAL MAKA TAK CINTA.
Kini apabila kita ketahui bahawa Allah Yang Maha Bijaksana mencipta dan mengatur seluruh isi alam ini untuk memudahkan kita menikmati limpahan kasihNya, akan terbukalah jalan untuk kita kenali dengan lebih dekat CINTA ILAHI.

Seterusnya kita menyedari pula, segala apa yang kita hajatkan datang dari sisiNya. Bukan dari yang selainNya. Maka akan terbitlah rasa kagum kita terhadap kebesaran dan keagungan Allah .

Cinta Berputik.
Paduan antara KENAL dan KAGUM inilah yang menerbitkan sepenuh rasa CINTA TULUS seorang hamba seiring ketaatan dan kepatuhan kepada Al-Khaliq. Kemudian kesetiaan cinta akan terbukti dengan melaksanakan amal soleh. Inilah cinta hakiki di atas landasan kasih Ilahi. Inilah juga piawaian cinta untuk seisi alam. Semuanya dipersembahkan kepada Rabbul 'Izzati.

Kata Ibnu Qayyim:
"Tidak ada yang lebih disukai oleh hati, melainkan suka kepada penciptanya kerana;
* Penciptanya memelihara dan mentadbir segala urusannya.
* Penciptanya memberi rezeki.
* Penciptanya menghidup dan mematikan.

Cinta kepada Allah adalah;
* Kebahagiaan semua jiwa.
* Makanan setiap hati.
* Cahaya bagi akal dan mata."

Ibnu Taimiyah berkata:
"Hati manusia secara tabie berhajat kepada Allah kerana dua sebab;
1. Untuk beribadat.
2. Untuk berserah diri.
Hati tidak akan jadi baik, bersih, gembira dan tenang selagi belum sepenuhnya beribadah menyembah Allah dan sepenuh cintanya berpaut kepada Allah." Inilah cinta pertama dan utama.

Bentuk Sebenar Cinta Ilahi.
Imam Fakhru Al-Razi berkata:
"Orang yang memahami faedah beribadat, akan senang mengerjakan ibadat dan akan merasa berat untuk mementingkan orang lain selain Allah."

Rabiatul Adawiyah berkata:
"Kekasihku tiada yang menandingiNya,
Sekali pun Kekasih ku tidak dapat kupandang dengan mata,
Namun Dia tetap hadir bersama degup jantungku.
Dia akan kusanjung dan kupuja, sekali pun ada orang lain di sampingku.
Jiwa dan hatiku kupersembahkan hanya untukNya."

Begitulah bentuk cinta Ilahi yang menguasai hati;
Laksana pohon dalam hati.
Akarnya adalah kepatuhan kepada Allah.
Dahannya ialah makrifatullah.
Rantingnya takutkan kemurkaan Allah.
Daunnya adalah malu kepada Allah.
Buahnya ialah istiqomah.
Air dan bajanya adalah zikirullah.

Bukti dan Pengorbanan Cinta.
apabila tautan jiwa si pencinta terhadap yang dicintainya telah begitu teguh dan padu, dia sanggup berkorban dan mengorbankan apa saja yang dimilikinya. Semata-mata memuaskan penerimaan yang dicintainya. Dengan itu, dirinya sendiri juga akan merasa bahagia.

Begitulah juga halnya bagi setiap diri yang teguh cinta dan kepatuhannya kepada Allah, dia akan sedaya-upaya berusaha memenuhi perintah Allah juga menjauhi laranganNya.

Dia tidak akan ragu-ragu dalam memenuhi arahan-arahan berikut;
* Katakanlah(Muhammad): Jika kamu mengasihi Allah, ikutlah aku nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS Ali-Imran:31)

* "Tidak beriman seseorang dari kamu, sebelum Allah dan RasulNya lebih dicintai daripada orang lain."(HR Bukhari dan Muslim)

Anugerah Kualiti Cinta.
Semestinya kita yakini Allah berlaku benar di dalam janjiNya. Telah sedaya upaya kita buktikan ikrar cinta terhadap Allah. Iaitu apa jua bentuk ibadah kita adalah semata-mata untuk beroleh redha Allah.
Maka layaklah kita beroleh anugerah dan pengiktirafan;
* "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beraaml soleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam hati mereka rasa kasih dan sayang."(QS Maryam: 96)

* Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda; "Jika Allah mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru..., Sesungguhnya Allah mencintai Fulan. maka cintailah dia! Maka seluruh penghuni langit mencintainya. Kemudian dijadikan orang-orang yang menyambut cintanya di bumi."

* Rasulullah juga bersabda; "Allah berfirman pada hari qiamat, 'Manakah orang-orang yang saling mencintai dengan keagunganKu? Pada hari ini Aku melindungi mereka di bawah lindunganKu, pada hari yang tiada lindungan selain perlindunganKu."(HR Muslim)

Begitulah hasilnya yang akan kita perolehi sekiranya kecintaan kepada Allah kita beri keutamaan. Segala kebaikan akan mewarnai jalan hidup kita. Semua tahap cinta yang kita lalui, akan mampu kita realisasikan praktiknya dalam batasan yang telah Allah tetapkan...

* Cinta ayah-ibu terhadap anak-anak akan berlangsung sepertimana yang Allah pertanggungjawabkan.

* Cinta anak terhadap ayah-ibu juga dalam rangka ketaatan yang Allah tetapkan.

* Cinta suami-isteri tertakluk kepada peraturan-peraturan dan hak yang Allah perintahkan.

* Cinta sesama saudara muslim semestinya demi mendapatkan keredhaan Allah.

Doa:
"Ya ALLah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMU cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu. Juga cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.

Ya Allah! Jadikan aku mencintaiMu dengan sepenuh hatiku dan redha kepadaMu dalam segala usahaku.

Ya Allah! Setiap apa ayng aku perolehi dari apa yang aku cintai, jadikanlah ia kekuatan yang Engkau redhai. Setiap yang Engkau singkirkan daku dari apa yang aku cintai, jadikanlah ketenangan dalam hatiku.

Ya Allah! Jadikanlah cinta ku kepadaMu menguasai seluruh yang aku cintai.
Dengarlah permohonan hambaMu wahai Yang Maha Mendengar. Amiin."

Tuesday, December 20, 2011

kawan oh kawan...

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."


Dalam dunia ini,

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.

Tetapi dalam kita bersendiri,

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.



Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.



Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.



Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.



Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,

disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,

kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu

“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

hati keras membatu...apa puncanya?

HATI adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Monday, December 19, 2011

fadhilat zikir ‘Lailahaillallah’

Zikir ‘Lailahaillallah’ mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan, antaranya ialah:-

Pertama : Pengamal akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Kedua : Mendapat jaminan masuk Syurga.
Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Ketiga : Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka.
Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu ‘Lailahaillallah.’” (Hadis riwayat al-Hakim)

Keempat : Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.
Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Kelima : Merupakan anak kunci Syurga.
Muaaz bin Jabal Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Lailahaillallah’ .” (Hadis riwayat Imam Ahmad)


والله اعلم

di sebalik sebiji telur...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



look this !






Beginilah hakikat sebenar kejadian seekor ayam yang boleh terlihat dengan pancaindera..... dari sebiji telur yang menjadi santapan kita sehari-hari kepada seekor ayam dan dari seekor ayam yang menghasilkan telur pula. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pencipta... menghidupkan dan merubah sesuatu benda atas kehendakNya yang Maha Kuasa... Subhanallah... namun begitu hakikat sebenar penciptaan setiap makhluk tetap menjadi rahsia Allah S.W.T... mari kita renungi...

























































what u feel?





SUBHANALLAH !

Saturday, December 17, 2011

rahsia bantal dan karakter pemiliknya...

1. Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2. Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3. Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung kepada sifat yang egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita mereka dan mereka tidak suka berusaha lebih.

5. Tidur Tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Begitulah rahsia korang dan bantal di sisi korang. Keserasian korang dan bantal korang sebenarnya mungkin tidaklah menggambarkan karektor seperti yang ditulis di atas kerana mungkin juga korang hanyalah seorang yang tidak memandang berat tentang bantal. Asal ada bantal yang selesa untuk digunakan semasa tidur sudah mencukupi. Atau benarkah perwatakan yang diceritakan di atas? Wallahualam...

Friday, December 16, 2011

kau dan aku tiada beza...

Kehidupan, makin kita cari jawapan makin kita rasa lemahnya diri kita. Teringat kata² Ustaz, sekelip mata kita, ada kita bersyukur ? Kalau diberhentikan mata kita dari berkelip apa akan terjadi ? Lemahnya kitakan ?

Kehidupan kita ni tiada beza, janganlah kita sombong pada manusia dan semua ciptaan... Tersentuh hati pabila seorang Ustaz kata,

Janganlah belagak sombong kerana dengan semut pun kita tak mampu menandingi. Kita tetap ada kelemahan tak setanding semut yang sentiasa berkejasama... ( kena gigit semut pun sakit, kira tak kuat dan tak bleh blagak sombong lagi la tu)

Adakah kita setanding ikan dilaut ? Mampu melawan (menahan sakit) mata kail sehingga susah untuk didaratkan. Kalau kita ? usah kata mata kail, kena jarum doktor pun takut (tak mampu tahan sakit)... Renung²lah...

Selalu orang mengeluh, AKU TAK HENSEM AKU TAK CANTIK SIAPA NAK PANDANG SIAPA NAK ? tiada beza kau dan aku dan dengan sesiapa pun. Cuba renung dan fikir,

Kalau seorang perempuan cantikkkkkkkkkk sesangatlah cantikkkkkkk nih, korek taik hidung depan orang ramai @ mak mertua. Apa orang nak kata ? mesti orang kata "eee hodoh sangat aih! dia nih".
Disini dapat menggambarkan tiada beza kau dan aku. Allah maha pengasih maha penyayang, semua orang cantik jika Akhlaknya cantik... Kecantikan bukan pada pandangan wajah...

Dalam memilih TEMAN janganlah kerana:

*KELEBIHANNYA, krn mungkin dgn 1 KELEMAHAN, kau akan MENJAUHINYA...

*KEBAIKANNYA, krn dgn 1 KEBURUKAN, kau akan MEMBENCINYA...

*ILMUNYA, krn apabila dia BUNTU, kau akan MEMFITNAHNYA...

*CERIANYA, krn andai dia MURAM, mungkin kau akan MENJAUHINYA...

Andai kau ingin berteman.....TERIMALAH dia seadanya kerana ALLAH,... dan dia juga MANUSIA BIASA SEPERTIMU...

P/s: Musuh manusia tiada yang lain hanya satu iaitu SYAITAN...

4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. (p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...." !!!


Thursday, December 15, 2011

tertangis, tangisan dan menangis

seperti senyuman, tangisan juga membawa pelbagai maksud. katakan 3 orang menangis ketika ini, yang pertama mungkin menangis kesedihan kerna kehilangan seseorang yang amat dia sayangi pergi menghadap illahi,  yang kedua mungkin menangis kegembiraan kerna akhirnya dapat juga balik ke kampung setelah merantau jauh,  dan yang ketiga mungkin juga menangis terharu selepas akhirnya dapat bersama dengan insan yang dicintainya dengan akad nikah yang sah :c setiap insan itu pasti mempunyai sebab tersendiri mengapa dia menangis.



Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur dan setiap mata yang terbuka, belum bererti ia melihat dan setiap mata yang menangis, belum bererti ia bersedih kan?

 



Menangis tidak hanya berkaitan dengan kesedihan malah juga kebahagiaan. Ia adalah sifat semulajadi yang dikurniakan oleh Allah SWT secara fitrah kepada manusia. Air mata itu datang dari kelenjar air mata yang terletak di atas kedua-dua mata dan di bawah tulang dahi. Adapun jumlah pembuluh yang mengarah ke mata adalah sekitar 12 pembunuh. Air mata mengandungi peratusan garam yang cukup tinggi. Pernah juga rasa air mata...masin! Tapi tak leh la letak sebagai perasa dalam gulai. Confirm tak masin

Rasanya menangis ni penting ke tak?

Menangis adalah merupakan keharusan bagi lelaki atau perempuan, sebabnya banyak faedah dari sudut kesihatan bila menangis ni. Jangan ingat dengan menangis ini maknaya seseorang itu lemah dan tidak dewasa. Tapi kalau menangis 24 jam tu bahaya juga. Jangan salah faham. Nanti kering air mata, susah bebola mata nak bergerak.

Terdapat beberapa kenyataan yang berkaitan dengan menangis, antaranya:

1. Menangis merupakan cara semulajadi untuk membuang unsur-unsur membahayakan dari tubuh manusia. Unsur-unsur ini dijana oleh tubuh ketika manusia sedang mengalami ketakutan.
2. Otak bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia yang terdapat pada air mata yang menjadi tempat bersarangnya rasa sakit.
3. Menangis dapat menambah jumlah degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi sekat rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua bahu. Setelah menangis, kecepatan degupan jantung kembali ke asalnya sehingga akan muncul perasaan tenang.
4. Apabila anda berada pada satu ketika di mana menangis dibolehkan dan secara sosial dapat diterima, jangan ragu-ragu lagi menangislah. Ada satu kajian yg mengatakan perempuan yang memendam perasaan menderita sakit radang usus besar dan luka pada perut. Ini kerana mereka menganggap bahawa dgn menangis menandakan lemahnya keperibadian. Ini berbeza dengan mereka yang tidak terkena penyakit ini kerana menganggap menangis suatu yang semulajadi jika dilakukan pada keadaan yg dibenarkan.
5. Menangis amat berguna pada emosi kita. Yang salahnya apabila kita mengekang keinginan menangis ketika kita dihadapkan pada keadaan yang mengharuskan kita menangis.
6. Air mata dapat membersihkan mata. Ia mengambil peranan penting dalam meringankan ketegangan jiwa yang mungkin disebabkan berbagai penyakit.


Akhir sekali ...saya coretkan beberapa kata-kata dalam buku ini yang saya rasa dalam maknanya dan penuh bererti....

Air Mata Terindah

1. Air mata terindah mengalir semasa kamu terpisah dengan kemaksiatan.
2. Air mata terindah mengalir semasa kamu bertaubat setelah melakukan maksiat.
3. Air mata terindah mengalir kamu mengusir kawan-kawan yang berperangai buruk.
4. Air mata terindah mengalir semasa kamu meraih tangan sahabatmu.
5. Air mata terindah mengalir semasa kamu sujud.
6. Air mata terindah mengalir semasa kamu berdoa dan sedar betapa banyaknya nikmat dariNya.
7. Air mata terindah mengalir semasa kamu menolong kesedihan manusia.
8. Air mata terindah mengalir semasa kamu bertemu keluarga setelah lama berpisah.
9. Air mata terindah mengalir semasa kamu mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW, di Masjid Nabawi dan rindu kepada beliau.
10. Air mata terindah mengalir semasa hatimu tersentuh dengan ayat-ayat al-Quran
11. Air mata terindah mengalir semasa kamu meperolehi redha kedua-dua orang tua mu.
12. Air mata terindah mengalir semasa kamu dapat bersama dengan insan yang kamu cintai kernaNya
13. Air mata terindah mengalir semasa kamu sedar Allah masih setia menyayangimu ketika orang lain membencimu.
14. Air mata terindah mengalir semasa kamu sedar siapa kamu, siapa tuhanmu, dan hati mu berbisik.. aku hamba Allah ! Allah tuhanku !
14. Air mata terindah mengalir semasa kamu berbahagia dengan syurga dan memperoleh syafaat Rasulullah SAW insyaAllah.


Aku menangis semasa persahabatan yang murni menjadi satu kemustahilan
Aku menangis semasa keikhlasan berubah menjadi pengkhianatan
Aku menangis semasa aku melihat keadilan dianggap tindakan memalukan dan tindakan menindas dianggap sebagai undang-undang.
Aku menangis semasa ajaran agama kita dan nilai-nilai luhur budaya kita mengalami kemunduran.
Manusia..permulaanya dengan tangisan...pengakhirannya juga tangisan.
Aku menangis...adakah tangisan itu cukup? Bukannya cukup untuk mandi tapi cukupkah untuk meratapi pelbagai dosa yang dilakukan.

moga sama2 dapat manfaatnya :)





dan sebagai renungan buat kita semua ;)



Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman.


jika sedar siapa kita,jika sedar siapa pencipta kita
usah tangisi sebuah pemergian yang kembali kepada illahi





meskipun anda berada di sebalik jeriji besi,anda masih boleh melayangkan penglihatan anda ke arah cakerwala dan mengeluarkan bunga-bunga kebahagiaan serta tersenyum dengan keindahan-keindahan itu. meskipun anda berada di dalam istana dengan segenap kemewahan dan keindahan, anda boleh saja berdukacita atau marah dan mengamuk kerana emosi terhadap pelbagai urusan yang menganggumu..







keindahan menangis kerana Allah adalah keindahan teragung