Sunday, December 11, 2011

nasihat kehidupan...

1.Jika kita memelihara kebencian dan dendam, maka seluruh masa dan fikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.

2. Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya, mendoakannya, memperbaikinya dan menjaga aibnya.

3. Bukan gelaran atau jawatan yang menjadi orang menjadi mulia. Jika kualiti peribadi buruk, semua itu hanyalah topeng tanpa wajah.

4. Ciri seorang pemimpin yang baik akan nampak dari kematangan peribadi, buah karya, dan integrasi antara kita dengan perbuatannya.

5. Jika kita belum boleh membahagikan harta, kalau kita tidak boleh membahagikan kekayaan, maka bagikanlah contoh kebaikan.

6. Jangan pernah menyuruh orang lain sebelum menyuruh diri sendiri, jangan pernah melarang orang lain sebelum melarang diri sendiri.

7. Pastikan kita sudah bersedekah hari ini, baik dengan bahan, dengan ilmu, tenaga, atau minimal dengan seyuman yang tulus.

8. Para pembohong akan dipenjara oleh kebohongannya sendiri, orang yang jujur ​​akan menikmati kemerdekaan dalam hidupnya.

9. Bila mempunyai banyak harta, kita akan menjaga harta. Namun jika kita mempunyai banyak ilmu, maka ilmulah yang akan menjaga kita.

10. Kalau hati kita bersih, tak ada masa untuk berfikir licik, curang atau dengki sekalipun.

11. Bekerja keras adalah sebahagian daripada fizikal, bekerja cerdas merupakan sebahagian dari otak, sedangkan bekerja ikhlas ialah sebahagian daripada hati.

12. Jadikanlah setiap kritik bahkan penghinaan yang kita terima sebagai jalan untuk memperbaiki diri.

13. Kita tidak pernah tahu bila-bila kematian akan menjemput kita, tapi kita tahu persis seberapa banyak bekal yang kita miliki untuk menghadapinya.

No comments:

Post a Comment