Tuesday, July 26, 2011

setiap manusia pasti di uji....





Salah satu ujian yang Allah datangkan kepada kita,satu bentuk penderitaan yang manusia tidak terfikir serta tidak menyedarinya bahawa itu merupakan ujian dari Allah ialah hasad dengki dan kejahatan manusia.
Berbagai fitnah dapat Allah datangkan kepada manusia,manusia pun cuba untuk melawan hasad dengki dan fitnah itu dengan cara berhubung baik dengan semua manusia.
Menanam tebu dibibirnya,menabur gula di hatinya.Dia cuba untuk menabur budi kepada manusia agar terbina hubungan yang baik dengan orang lain...

1. Tidak ada siapa yang dapat mengelak diri dari ujian. Ujian tetap akan menimpa kita,baik kita mahu atau tidak mahu,baik kita suka atau tidak suka,baik kita berjaga-jaga atau lalai,baik kita beribadah atau tidak,baik kita mukmin atau kafir,baik mukmin yang bertaqwa atau mukmin asi'(jahat)..

2. Segala bentuk penderitaan datang dari Allah..Kita dilarang meratap,mengeluh dan tidak redho dengan ketentuan-Nya..

HIKMAH UJIAN..

Kita yakin setiap sesuatu yang Allah takdirkan itu kecil atau besar tidak sia-sia. Allah serius terhadap apa yang ditentukan dan ketentuan itu adalah merupakan keputusan yang paling bijaksana serta terbaik dari kemungkinan -kemungkinan lain.. Itulah keyakinan kita selaku hamba,kita tidak mampu untuk melihat kebaikkan itu secara spontan dan menyeluruh..
Bahkan kadang-kadangkita salah sangka pada takdir Allah,yang kita belum tahu atau tidak kelihatan hikmahnya itu.Kita rasaAllah hendak menyusahkan kita atau Allah hendak memberikan nasib buruk kepada kita,sedangkan nasib orang lain baik sahaja...

Ujian sebenarnya adalah guru yang tidak berkata-kata tetapi sangat mengajar dan mendidik manusia. Ujian kecil mahupun besar yang kita alami dalam hidup semuanya adalah taqdir Allah yang mempunyai maksud yang sangat penting. Orang yang dapat mengesan maksud itulah yang akan mendapat pengajaran dan pendidikkan dari setiap takdir Allah itu...


No comments:

Post a Comment