Kisah kali ini ialah mengenai betapa sukanya Allah bila seseorang hambaNya kembali kepadaNya selepas melakukan dosa-dosa. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menjelaskan perkara ini.
Nu'man bin Basyir berkhutbah, "Sungguh, Allah lebih berbahagia dengan taubat hambaNya lebih dari seorang lelaki yang membawa makanan dan minumannya di atas punggung unta, kemudian dia berjalan. Sesampainya di daerah yang sepi, datanglah waktu untuk qoilulah (tidur siang). Dia turun dan berqoilulah di bawah pohon. Dia tertidur dan untanya pergi meninggalkannya. Dia terbangun lalu berjalan beberapa jarak, tetapi dia tidak menemukan apa pun. Kemudian dia berjalan beberapa jarak untuk kedua kalinya, tetapi dia tetap tidak menemukan apa pun. Lalu dia berjalan beberapa jarak untuk ketiga kalinya, tetapi dia masih tidak menemukan apa pun. Dia kembali mendatangi tempat di mana dia beristirahat siang. Manakala dia sedang duduk, tiba-tiba untanya datang berjalan hingga ia menjatuhkan tali kekangnya di depannya. Sungguh Allah lebih berbahagia dengan taubat seorang hamba daripada orang ini manakala dia menemukan untanya."
Dalam hadis yang lain lelaki tersebut lalu berkata : "Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah tuhanmu." Lantaran terlalu gembira.
Pengajaran hadis :
<!---->1. Keutamaan taubat. Taubat menjadikan Allah reda. Allah lebih berbahagia dengan taubatnya seorang hamba daripada lelaki yang berdepan dengan maut kerana terlalu dahaga tiba-tiba menemui air.
<!---->2. Menetapkan sifat farah (berbahagia) bagi Allah. Bahagianya Allah adalah sifat yang sesuai dengan keagungan dan kesempurnaan-Nya, tidak disamakan dengan bahagianya makhluk. Ini berpijak kepada firman Allah, "Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengannya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (QS. Asy-Syura: 11)
<!3. Kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-Nya. Dia mengembalikan unta laki-laki ini setelah dia berputus asa darinya.
<!4. Hendaknya seseorang berhati-hati. Seandainya lakilaki ini mengikat untanya, maka apa yang terjadi padanya tidak akan terjadi.
<!5.Allah tidak menyalahkan orang yang dikuasai oleh emosi yang berlebihan dan kehilangan kemampuan berfikir kerana takut atau senang atau marah, lalu dia mengatakan sesuatu yang tidak diinginkannya, sebagaimana Allah tidak menyalahkan laki-laki ini atas ucapan yang dikatakannya. Seandainya dia bermaksud mengucapkan hal itu, nescaya dia telah kufur kepada Allah.
<!6. Boleh seseorang menceritakan ucapan orang lain yang salah, seperti Rasulullah yang menceritakan ucapan laki-laki ini dan sebagaimana Al-Qur'an menyampaikan ucapan orang-orang yang mengatakan kekufuran. Seperti ucapan mereka, "Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya." (QS. Ali Imran: 181) Dan ucapan mereka, "Tangan Allah terbelenggu. Sebenarnya tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka itu dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu." (QS. Al-Maidah: 64)
No comments:
Post a Comment