Saturday, March 31, 2012

jangan minum berdiri!

MENGAPA RASULULLAH SAW MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI?                             ......Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.
---Dari segi kesihatan----
Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.
Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.
Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.
Terus menuju kandungan air kencing.
Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).
Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal.
Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.
Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri".
Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."
Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.
Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.
Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.
Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.
Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.
Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.
Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:
"Lihatlah orang itu duduk seperti budak."
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak."
Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,
"Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan"
(HR Bukhari).
Subhanallah, setiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..
Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.
Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.
Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.
INGAT -----> AIR MASAK...yakni air yang terlebih dahulu dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan......juga dipanggil air jarang....
“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.
~Surah Al-’Asr.
Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air secara duduk yang kita sendiri pun tidak tahu.
Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum dengan baik tanpa berdiri.
Begitu juga...kita dilarang MAKAN BERDIRI....apatah lagi SAMBIL BERJALAN!!!!!

Cicak & Labah-labah




Membunuh labah-labah adalah makruh.

Yang dimaksudkan di sini ialah (Ankabut) labah-labah yang tidak mengangggu, iaitu yang sering bersarang dirumah, sering bersarang di pokok dan atap rumah.

Boleh membuang sarangnya, namun makruh membunuhnya.

Bagi cicak pula, Rasulullah SAW menggelarkannya Fuwaisiqa, yang bermaksud si kecil yang fasiq, maka kita memahami bahawa, Rasulullah saw berbicara secara benar, baginda tidak suka mencaci atau memberi gelaran yang buruk kepada manusia dan seluruh makhluk Allah SWT.

Apabila Rasulullah saw menggelarinya seperti itu, maka tentulah haiwan ini jahat, dan Rasulullah saw memerintahkan untuk membunuhnya.

Riwayat awalnya sebagaimana dijelaskan bahawa disaat Ibrahim dilemparkan ke api namrud, maka semua haiwan berusaha memadamkan api Ibrahim AS itu, kecuali cicak.

Maka Rasullulah SAW memerintahkan utk membunuh haiwan ini apabila menjumpainya tidak kira di mana.
(Tafsir Imam Bn katsir juz 3 hal.185, Tafsir Imam Attabari Juz 17 hal 45).

Dan bahawa Rasulullah saw memerintahkan untuk membunuh cicak (Sahih Muslim Hadits No.2238)

Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah S.A.W bersabda :

“Siapa yang membunuh cicak pada pukulan pertama, maka mendapat sekian pahalanya, dan membunuh dalam pukulan yang kedua maka mendapat sekian pahalanya kurang dari yang pertama, dan siapa yang membunuh cicak dalam pukulan ketiga, maka mendapat sekian pahalanya kurang dari yang kedua.” (Shahih Muslim Hadits No.2240).

Berasarkan hadis di atas, dapatlah kita fahami bahawa cara membunuhnya ialah dengan cepat dan tidak menyeksa haiwan tersebut.

Thursday, March 29, 2012

Yang BIASA dan LUAR BIASA...


1. SOLAT
Yang BIASA
Ramai dari kita yang solat. Yang biasa, kita solat apabila telah masuk waktu.
Yang kerap berlaku juga, solat kita di akhir waktu.
Mungkin pepatah orang putih "better late than never" menjadi pegangan kita.
Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.
LUAR BIASA
Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk solat.
Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya.
15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sejadah.
Kalau begitu, sahihlah dia orang luarbiasa .
2. SEDEKAH
BIASA
Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu.
Kalau tak panggil press, sekurang-kurangnya, kita bercerita pada orang.
Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedekah yang ikhlas akan dibalas oleh ALLAH
LUARBIASA
Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi.
Ibarat kata, tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu.
Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang.
Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau takjub dengan diri sendiri.
Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah, akan turun rahmat serta ampunan ALLAH.
3. BERJAGA MALAM
BIASA
Kita biasa berjaga malam.
Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, Liga Perdana Inggeris atau melayan VCD terbaru.
Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.
LUARBIASA
Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan.
Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan menghisab diri.
Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang ALLAH, Pencipta kita.
Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dari-Nya.
Ini malam para nabi dan para wali.
Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.
4. KERJA
BIASA
Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja.
Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah.
Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita, tentu kita gagal.
Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya.
Walaupun kita ucapkan Alhamdulillah, tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, ALLAH punya kuasa.
LUARBIASA
Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari ALLAH.
Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin ALLAH.
Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan.
Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada ALLAH sehingga tersilap menggunakan nikmat dari-Nya.
Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan ALLAH .
Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.
Adakah kita dikategorikan dalam golongan BIASA atau LUARBIASA?
TERPULANGLAH kepada anda samada anda ingin menjadi manusia yang BIASA ataupun LUAR BIASA
Anda sendiri tentukan.....

Tuesday, March 27, 2012

titian sirat...

Apakah Titian Sirat?
As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.
Dan tiada seorang pun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)
Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini,
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”
Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.
Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim
Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
*semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.
Pesanan: malam ni sebelum tido cuba renungi kembali perjalanan hidup kita di dunia ini..tanya diri sendiri kita tergolong dalam golongan yg mana..adakah amalan selama hidup kita mampu menjamin utk kita melintasi titian sirat sepantas kilat? Atau spt tiupan angin? Atau sebulan? 2bulan? Bertahun2? Atau yg paling teruk selama beribu ribu ribu ribu tahun..Nauzubillah…Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :
~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid
Tanya diri lagi byk ke sedekah kita? Selalu ke pergi ke masjid? mari muhasabah selalu sebelum maut menjemput kita..

Sunday, March 25, 2012

dua rakaat menghadapi kesunyian kubur...

Seperti yang kita tahu semua yang bernyawa dimuka bumi akan berhadapan dengan kematian sesuai dengan firman Allah di dalam surah Ali-`Imran ayat 185:
“Setiap yang bernyawa akan merasai kematian…”





Jadi bagaimana dengan persiapan kita untuk berada di alam lain? Adakah kita benar-benar bersedia menghadapinya dengan amalan yang hanya secebis? Fikir dan renung-renungkan.





***************



Antara pesanan Rasulullah SAW kepada kita adalah:

Ø Menggalakan umat solat malam (Qiyamullail).

Ø Tunaikan solat 2 rakaat dalam kegelapan malam demi kesunyian di kubur.





Solat adalah penggerak utama. Solat malam ini tidak dapat ditandingi sebarang ibadah yang lain. Ganjarannya sangat besar di sisi Allah. Solat malam juga membekalkan para mukmin dengan potensi dan daya juang yang tidak dapat digambarkan betapa hebatnya.





Firman Allah dalam surah al-Muzzammil ayat 6, yang bermaksud:

“Sesungguhnya, bangun malam (bersolat dan beribadah) itu lebih kuat (mengisi jiwa), dan (bacaan al-Quran pada waktu itu) lebih berkesan.”





***************



“Hendaklah kalian mengejarkan solat diwaktu malam, justeru itu adalah amalan orang-orang sebelum kamu dan yang mendekatkan kamu kepada Tuhanmu, ia penembus segala dosa, pencegah segala keburukan dan menghapuskan segala penyakit yang ada dalam badan seseorang.” (HR Tabrani & Mizi)





Huraian ini jelas kepada kita bahawa solat malam dapat membentuk menjadi hamba Allah yang Rabbani (kerap berhubung dengan Allah), berjiwa cerah, hati yang peka dan berfikiran mantap.





Selain itu solat malam tidak dapat dijadikan amalan kebiasaan kecuali dengan menggagahkan diri, melawan syaitan dan nafsu khasnya pada peringkat awal.





***************



Apabila seseorang hendak tunaikan solat malam, datanglah malaikat seraya berkata kepadanya “bangunlah hari telah pagi, solat dan ingatlah Allah”. Dalam masa yang sama syaitan pun datang memujuk, “malam masih panjang, engkau boleh tidur lagi, nanti engkau bangunlah”. Jika ia bingkas bangun dari tempat tidurnya untuk solat maka badannya akan menjadi ringan, cergas dan sihat. Jika ia patuh pada syaitan tidur hingga siang, syaitan akan ketawakannya.





Rasulullah SAW pernah membayangkan tentang kubur dan siksanya. Kubur adalah anak tangga pertama ke akhirat. Jika selamat, peringkat seterusnya lebih mudah tetapi jika tidak selamat maka akan mengalami kesulitan untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Rasulullah SAW juga mengaitkan antara solat tengah malam dengan mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa di dalam kubur. Justeru, sama-samalah kita merebutnya.





***************



  • Setelah jauh memacu kata-kata, akhir sekali saya ingin memohon maaf pada semua jika apa yang saya sampaikan ini tidak sampai ke hati anda, marilah kita muhasabah diri bersama dan sama-sama mengamalkannya. Moga Allah redha dengan kita semua. Wallahu`alam..

Saturday, March 24, 2012

...sukarnya fahami diri...

Sukarnya kita nak fahami diri orang lain.. Kita tak tahu apa yang orang fikirkan, apa yang orang rasakan.


Walaupun kita duduk bersama 24 jam serta meluangkan masa berkongsi cerita , namun belum tentu kita akan memahami perasaan dan hati seseorang itu.


Apatah lagi kalau kita berada dalam jarak yang berjauhan dan jarang berhubung. Masakan kita boleh memahami hati orang yang ingin kita fahaminya..

Kadang-kala terfikir juga..

Mengapa sukar untuk memahami hati orang..
Mengapa sukar merasakan apa yang orang lain rasa..

Mengapa dan mengapa..

Kita bukan tidak cuba untuk memahami hati orang.. Tetapi hakikatnya kita memang takkan memahami orang lain 100%...



Dalam fikir-fikir itu.. tiba-tiba tergerak hati mengatakan, sedangkan diri kita pun kita rasa tak siapa pun yang akan faham apa yang kita rasa, apa yang kita fikirkan kecuali diri sendiri..




Walau sebanyak mana pun dicurahkan rasa dan kata kepada orang lain seperti teman,keluarga dan sesiapa pun, pasti akan terdetik sedikit kata " tak siapa faham".

Bak kata pujangga "Fahamilah diri sendiri kerana tidak ada seorang manusia pun yang memahami manusia lain sepenuhnya"


Inilah hakikat sebenarnya, namun pabila kita tak memahami orang lain, kita juga akan tidak difahami oleh orang lain...


Dan pabila kita rasa tidak difahami, kita akan rasa sedih dan terluka... begitu juga sebaliknya..


Cuba bayangkan,


Kita ini mempunyai kuasa untuk membaca fikiran orang lain..
Adakah kita akan memahami orang lain ? Atau kita belajar memahami?


Semua itu berasaskan kepada diri kita..Tanya hati dan buka minda....

Wassalam..

Friday, March 23, 2012

setiap detik lebih untukmu ibu...

Dari perut ibu aku lahir.
Kata pertama yang kusebut, “Bu!”

Bila dahaga, yang susukan aku… ibu.
Bila lapar, yang suapkan aku… ibu.
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku… ibu.
Bila kebosanan, yang bercerita kepadaku… ibu.
Bila terbangun di pagi hari, yang pertama kucari… ibu.
Bila terjaga di tengah malam, yang pertama kukejutkan… ibu.
Bila gembira, yang kuceritakan tentangnya… ibu.
Bila sedih, yang melapangkan dadaku… ibu.
Bila terlampau gembira, yang mengingatkan aku… ibu.
Bila merajuk, yang mampu memujukku hanya… ibu.
Bila nakal, yang menasihatiku penuh lembut… ibu.
Bila bersalah pada seseorang, yang meminta maaf bagi pihakku… ibu.
Bila nak bermanja, yang kudekati… ibu.
Bila takut, yang menenangkanku… ibu.
Bila marah, yang menyabarkanku… ibu.
Bila resah, yang mengurut dadaku… ibu.
Bila sihat, orang yang sentiasa bersamaku… ibu.
Bila sakit, orang yang menemaniku saban siang dan malam… ibu.
Bila nak exam, orang yang paling sibuk… ibu.
Bila ada masalah, orang yang paling risau… ibu.
Bila akil baligh, yang pertama kuberitahu… ibu.
Bila menemui bidadari hati, yang pertama kukhabarkan… ibu.
Yang mengandungkanku 9 bulan 10 hari.
Yang melahirkan dan membesarkanku.
Yang menjagaku 365 hari setahun, 24 jam sehari semalam.
Yang mengasuhku dengan agama.
Yang mendidikku dengan akhlak.
Yang menteladankan padaku ehsan.
Yang menunjukkan padaku pekerti mulia.
Yang mengajarkan aku ABC, 123, alif ba ta.
Yang memasak makanan kegemaranku, dan menyuapkan ku, sambil bercerita padaku.
Yang memberi kata semangat.
Yang mengilhamkan pendapat.
Yang menemani ketika sakit.
Yang menasihatiku.
Yang selalu memujiku.
Yang setia menjunjung namaku.
Yang sentiasa ingat padaku.
Yang mengasihiku.
Yang menyayangiku.
Yang mencintaiku
Jikalau boleh seorang manusia menyembah manusia lainnya, nescaya akan ku sembah ibuku.
Segala puji bagi Allah yang menciptakan ibu dengan sifat-sifat kemuliaannya.
Dan di setiap hari, jam, minit, saat, detik dan lebih, aku akan setia bersamamu… ibu.
“Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di hadapan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
Atas didikan mereka padaku
Dan pahala yang besar
Atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang memiliki Kurnia Maha Agung,
Serta anugerah yang tak berakhir
Dan Engkaulah yang Maha Pengasih antara semua pengasih.
Perkenankanlah doaku ini Ya Allah, ya Robbal ‘Aalamiin.”

istighfar...

Dari Syaddad bin Aus radhiallahu 'anhu dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

maksudnya: "Penghulu istighfar ialah apabila seseorang mengatakan..



maksudnya :



Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau).



Nabi bersabda, "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu ia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka ia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu ia meninggal dunia sebelum pagi hari maka ia termasuk dari ahli syurga". (Diriwayatkan oleh Imam al-

Bukhari)



SELAMAT BERAMAL

Thursday, March 22, 2012

dugaan...sabarlah!

Anda acapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setumpuk kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya yang tidak terhitung oleh anda sendiri. oleh itu renunglah, bersabarlah dan bersyukurlah !

Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantinya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya.

"Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya lalu ia bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan syurga." (Al-Hadith)

"Siapa saja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahalaKu, nescaya akan Aku ganti dengan syurga." (Al-Hadith)


Maka anda tidak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa anda, sebab yang menentukan semua itu memiliki syurga, balasan, pengganti, dan ganjaran yang besar. Para wali Allah yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapatkan penghormatan yang agung di syurga Firdaus. Itu tersirat dalam firmanNya:
"Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubannNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan." (lah-Rad: 24)

Betapapun, kita harus melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang akan selalu berakhir pada kebaikan kita. Dengan begitu kita akan termasuk:
"Mereka itulah mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk." (Al-Baqarah: 157)

Wahai orang-orang yang tertimpa musibah; sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari kalian. Kalian justeru beruntung, kerana Allah selalu menurunkan sesuatu kepada para hambaNya dengan "surat ketetapan" yang di sela-sela huruf kalimahNya terdapat suatu kelembutan, kasih-sayang, pahala, ada balasan, dan juga pilihan. Maka dari itu, siapa saja yang tertimpa musibah yang hebat, ia harus menghadapinya dengan sabar, mata yang jernih dan pola fikir yang panjang. Dengan begitu ia akan menyaksikan bahawa buah manis dari musibah itu adalah:
"... lalu didirikanlah di antara mereka (orang-orang mukmin dan orang-orang munafiq) dinding yang mempunyai pintu, yang di sebelah dalamnya ada rahmat (syurga) dan di sebelah luarnya ada seksa (neraka)." (Al-Hadid: 13)

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memilik roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.


Takutlah terhadap keburukan yang muncul dari tempat yang baik, dan berharaplah kebaikan dari tempat yang buruk. Sebab boleh jadi kehidupan itu ada kerana adanya permintaan untuk mati, dan boleh jadi kematian itu terjadi kerana adanya harapan untuk tetap hidup.Dan tidak jarang rasa nyaman itu datang dari rasa takut.

Sikap yang paling baik dari sesaorang akan muncul ketika ia ditimpa musibah, kerana ia akan menjadikan sabar itu sebagai senjata menghadapi musibah tersebut dan akan memberikannya inspirasi untuk selalu berharap agar musibah itu segera berakhir. Dan kerana kesabarannya, ia seperti melihat jalan keluar, dan pertolongan itu berada di depan matanya kerana tawakkal dan prasangka baiknya kepada Allah. Ketika orang ini telah sampai ke tingkatan ini, Allah pasti akan memberikan semua yang diinginkannya, akan menghilangkan semua yang menyukarkannya, dan akan mengabulkan semua permintaannya. Dan dia selamat bersama agama, kehormatan dan keperibadiannya.

Al-Hasan bin Sahl menggambarkan ujian sebagai berikut:

" Dalam ujian itu ada penghapusan dosa, ada peringatan agar tidak lalai, ada tawaran untuk mendapatkan pahala degan cara bersabar dan mengingati nikmat Allah dan ada harapan untuk mendapatkan ganjaran. Dalam pandangan Allah dan qadha' Nya semuanya adalah baik."

Dan sesungguhnya apa yang di sisi Allah itu lebih baik, lebih abadi, lebih utama, dan lebih mulia.

Friday, March 16, 2012

jangan berprasangka buruk..

HATI manusia tidak dapat dikawal untuk mereka

fikir, kata dan tuduh apa saja. Itu semua di luar jangkaan kita.

Ilmu dan kehendak mereka itu kemudian akan menghasilkan tindakan

dan pelbagai tindak-tanduk.





Jika baik hati mereka,

maka baiklah cakap mereka,

baiklah layanan dan sangkaan mereka.

Tetapi jika hati kotor,

apa lagi tindakan akan diterjemahkan segala hitam

yang bersarang di hati itu.







Sebenarnya yang mengukur baik dan buruk seseorang

bukannya manusia kerana mereka tidak mempunyai

kuasa melakukannya.







Yang paling

mengetahui apa yang ada

dalam hati kita ialah Allah.

Dialah yang menilai kebaikan kita,

memberi rezeki serta memberi kehidupan kepada kita.












Manusia

memang suka bersangka-sangka.

Apa lagi sangkaan yang buruk.

Hati, akal dan mata selalunya tidak seiring.











Mata melihat, otak memproses manakala hati mentafsir.

Contohnya, jika hati yang berbaur dosa dan dengki

akan mentafsir kecantikan seseorang, dia akan kata

perempuan itu memakai susuk.









Demikian juga

apabila bercakap banyak dikata hendak tunjuk pandai.

Apabila diam tidak bercakap pula dikatanya sombong.









Memang manusia punya hak untuk bersangka.

Jika yang baik punya sangka empunya diri yang untung.

Hati tenang, minda damai, jiwa harmoni,

disenangi dan mudah mendapat kawan.









Jika sangkaan itu buruk,

jiwa pastinya akan sengsara.

Banyak fikir mengenai orang, darah pun naik.

Pendek kata semua tidak kena.









Sebab

semua hal orang dia hendak fikir dan tafsir,

sedangkan diri sendiri tidak difikirkan.

Tabiat bersangka buruk terkena pada semua golongan

tidak kira orang tua dengan cara dan kepakarannya

manakala orang muda dengan kehangatannya.









Jika kita hendak layan

semua sangka buruk orang dan semua hati

kita hendak jaga, alamatnya makan hatilah kita.









Lihatlah kisah dan sejarah Luqman al-Hakim

dengan anaknya yang menaiki seekor keldai.

Dalam perjalanan orang kata:







“Ada ke patut dua beranak naik keldai, kesian keldai tu.”





Selepas itu,

Luqman duduk di atas keldai dan anaknya tarik dari bawah.

Orang kata juga:





“Ada ke patut bapa biarkan anaknya menarik dari bawah.”






Kemudian mereka bertukar posisi lain pula,

anak naik keldai manakala Luqman pula

yang tarik dari bawah.









Orang mengata juga,

anak macam itu buat ayahnya macam hamba.

Justeru, cara terbaik ialah

merawat kembali penyakit buruk sangka.









Berubahlah dengan memperbaiki diri sendiri.

Membaiki diri bersungguh-sungguh dengan membersihkan hati

daripada sifat keji (mazmumah) kepada sifat terpuji (mahmudah).









Perhatikan juga siapa kawan di sekeliling kita.

Adakah kawan kita itu mendorong ke arah

kebaikan atau keburukan?









Jika kita

dapat menewaskan nafsu jahat

dalam diri sendiri, nescaya kemenangan hidup

pasti berpihak kepada diri kita.










Proses berubah jadi baik mungkin

tidak semudah disangka, namun sekiranya hati dan akal

sudah bertekad dan ada kesungguhan,

Allah pasti permudahkan jalannya.








Ruang untuk perbaiki diri

sentiasa ada dan terbuka.

Justeru, tepuk dada tanya diri.

Mahu berubah atau tidak?











Beberapa cadangan diutarakan, antaranya:




  • Berbaik sangka dengan semua orang. Tafsirkan segala yang kita lihat secara positif.







  • Tanamkan rasa takut pada kemurkaan dan azab Allah apabila anda berprasangka buruk.







  • Sucikan hati dengan banyakkan berzikir.












  • Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.








  • Luangkan masa untuk banyak melakukan muhasabah diri.



  • Wednesday, March 14, 2012

    YA ALLAH...

    Bukan mudah Ya ALLAH…
    Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan
    Keindahan dunia ini menganggu ku
    Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik imanku
    Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMU

    Aku runsing Ya ALLAH
    Aku berlari ke sana dan ke sini
    Aku mencari dan terus mencari
    Dimanakah ku tagih cinta Ilahi
    Bagaimana harus ku bayar nikmat yang Kau beri
    Sedang aku tidak diuji
    Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali
    Andai bisa aku berbicara denganMU
    Dan ku harap Kau mendengar pengaduanku
    Sungguh aku bukan bercakap kosong
    Inilah keluhan hatiku
    Yang merindu cinta MU, yang mengharap keredhaan MU….

    Ampuni aku Ya ALLAH
    Aku lemah lagi tak bermaya
    Melawan sesuatu yang digelar fana dunia
    Aku tak mampu Ya ALLAH,
    Belenggu ini menghimpit ku…
    Belenggu ini menghiburkan hatiku
    Sehingga aku senang denganya
    Sehingga aku takut kehilanganya
    Sedang cintaMU itu sangat luar biasa…
    Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya…

    Sungguh aku tak layak Ya ALLAH menghampiri syurgaMU
    Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuhku mendengarkan api nerakaMU
    Lalu ke manakah langkahku
    Selayaknya dimanakah tempatku
    Atas redhaMU ya Rabbi..
    aku hanya menuruti
    Andai aku diseksa, kan aku patuhi
    Asalkan Kau meredhai hidupku ini

    Terima Kasih Ya ALLAH kerana sudi menyayangi diri ini
    Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku
    Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering bersama-sama denganku,
    tak kira apa keadaan imanku
    Sesungguhnya Ya ALLAH,
    cinta ku hanya milikMU…

    Friday, March 02, 2012

    yang lebih baik akan menanti

    Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantinya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya.



    "Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya lalu ia bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan syurga." (Al-Hadith)



    "Siapa saja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahalaKu, nescaya akan Aku ganti dengan syurga." (Al-Hadith)



    Yakni; barangsiapa kehilangan anaknya tetap berusaha untuk bersabar, maka di alam keabdian kelak akan dibangunkan untuknya sebuah Baitul-Hamd (Istana Pujian). Silakan anda qiaskan kejadian-kejadian tersebut dengan kehidupan anda, kerana yang dipaparkan di sini sekadar contoh.



    Maka anda tidak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa anda, sebab yang menentukan semua itu memiliki syurga, balasan, pengganti, dan ganjaran yang besar. Para wali Allah yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapatkan penghormatan yang agung di syurga Firdaus. Itu tersirat dalam firmanNya:

    "Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubannNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan." (lah-Rad: 24)



    Betapapun, kita harus melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang akan selalu berakhir pada kebaikan kita. Dengan begitu kita akan termasuk:

    "Mereka itulah mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk." (Al-Baqarah: 157)



    Ini merupakan ucapan selamat bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana. Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin. Adapun akhirat lebih baik dan kekal. Sehingga, barangsiapa di dunia mendapat musibah, ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak; dan barangsiapa hidup sengsara di dunia, ia akan hidup bahagia di akhirat. Lain halnya dengan mereka yang memang lebih mencintai dunia, hanya menginginkan kenikmatan dunia saja, dan lebih senang pada keindahan dunia. Hati mereka akan selalu gundah-gulana; cemas tidak mendapatkan kenikmatan dunia dan takut tidak nyaman hidupnya di dunia. Mereka ini hanya menginginkan kenikmatan dunia saja, sehingga mereka selalu memandang musibah sebagai malapetaka besar yang mematikan. Mereka juga akan memandang setiap cubaan sebagai sesuatu yang gelap-gelita selamanya. Ini adalah kerana mereka selalu memandang ke arah bawah telapak kakinya dan hanya mengagungkan dunia yang fana' dan tidak berharga ini.



    Wahai orang-orang yang tertimpa musibah; sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari kalian. Kalian justeru beruntung, kerana Allah selalu menurunkan sesuatu kepada para hambaNya dengan "surat ketetapan" yang di sela-sela huruf kalimahNya terdapat suatu kelembutan, kasih-sayang, pahala, ada balasan, dan juga pilihan. Maka dari itu, siapa saja yang tertimpa musibah yang hebat, ia harus menghadapinya dengan sabar, mata yang jernih dan pola fikir yang panjang. Dengan begitu ia akan menyaksikan bahawa buah manis dari musibah itu adalah:

    "... lalu didirikanlah di antara mereka (orang-orang mukmin dan orang-orang munafiq) dinding yang mempunyai pintu, yang di sebelah dalamnya ada rahmat (syurga) dan di sebelah luarnya ada seksa (neraka)." (Al-Hadid: 13)



    Dan sesungguhnya apa yang di sisi Allah itu lebih baik, lebih abadi, lebih utama, dan lebih mulia.