Thursday, March 29, 2012

Yang BIASA dan LUAR BIASA...


1. SOLAT
Yang BIASA
Ramai dari kita yang solat. Yang biasa, kita solat apabila telah masuk waktu.
Yang kerap berlaku juga, solat kita di akhir waktu.
Mungkin pepatah orang putih "better late than never" menjadi pegangan kita.
Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.
LUAR BIASA
Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk solat.
Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya.
15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sejadah.
Kalau begitu, sahihlah dia orang luarbiasa .
2. SEDEKAH
BIASA
Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu.
Kalau tak panggil press, sekurang-kurangnya, kita bercerita pada orang.
Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedekah yang ikhlas akan dibalas oleh ALLAH
LUARBIASA
Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi.
Ibarat kata, tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu.
Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang.
Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau takjub dengan diri sendiri.
Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah, akan turun rahmat serta ampunan ALLAH.
3. BERJAGA MALAM
BIASA
Kita biasa berjaga malam.
Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, Liga Perdana Inggeris atau melayan VCD terbaru.
Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.
LUARBIASA
Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan.
Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan menghisab diri.
Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang ALLAH, Pencipta kita.
Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dari-Nya.
Ini malam para nabi dan para wali.
Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.
4. KERJA
BIASA
Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja.
Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah.
Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita, tentu kita gagal.
Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya.
Walaupun kita ucapkan Alhamdulillah, tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, ALLAH punya kuasa.
LUARBIASA
Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari ALLAH.
Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin ALLAH.
Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan.
Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada ALLAH sehingga tersilap menggunakan nikmat dari-Nya.
Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan ALLAH .
Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.
Adakah kita dikategorikan dalam golongan BIASA atau LUARBIASA?
TERPULANGLAH kepada anda samada anda ingin menjadi manusia yang BIASA ataupun LUAR BIASA
Anda sendiri tentukan.....

No comments:

Post a Comment