"..Be mindful of Allah, you will find Him before you. Get to know Allah in prosperity and He will know you in adversity. Know that what has passed you by was not going to befall you; and that what has befallen you was not going to pass you by. And know that victory comes with patience, relief with affliction, and ease with hardship."
Monday, April 30, 2012
disebalik sunnah makan mengunakan tangan...
Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini. Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri, tulang ikan atau tulang ayam.
Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam menyarankan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan. Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi. Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Inilah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam keadaan perut yang lapar pula, kita digalakkan mulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis. Kenapa? Perut yang terlalu lapar dan kosong akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Makanan manis berupaya menghilangkan asid itu. Itulah sebabnya mengapa Nabi s.a.w memulakan berbuka puasa dengan buah tamar kerana buah tamar terkenal dengan kandungan glukosanya yang sangat tinggi..
Saturday, April 28, 2012
ajaibnya tangan ibu!
Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...
Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)
Thursday, April 26, 2012
kisah nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya...
Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?
Menantu: Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu: Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu: Ya, baiklah.
Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail: Apa jawapanmu?
Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.
Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?
Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.
Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).
Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.
Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail: Apa katanya?
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail: Apa jawapanmu?
Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri: Alhamdulillah, syukur.
penghormatan kepada masjid...
15 Penghormatan Kepada Masjid Yang Wajib Kita Lakukan...
1- Memberi salam ketika memasuki masjid.
2- Solat 2 rakaat sebelum duduk.
3- Tidak jual beli di dalamnya.
4- Tidak menghunus pedang didalamnya.
5- Tidak mencari barangan yang hilang di dalam masjid.
6- Tidak meninggikan suara di dalamnya kecuali berzikir.
7- Tidak membincang urusan dunia di dalamnya.
8- Tidak melangkahi leher orang.
9- Tidak bertengkar atau berkelahi di dalamnya.
10- Tidak menyempitkan saf di dalamnya.
11- Jangan berjalan dihadapan muka orang sedang solat.
12- Tidak boleh berludah didalamnya.
13- Jangan membunyikan jari-jari dai dalamnya.
14- Membersihkannya dari najis dan kanak-kanak kecil, orang gila, dan tidak menegakkan huku hudud didalamnya.
15- Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan tidak melalaikannya.
Monday, April 23, 2012
andai Al-Quran bisa berbicara...
Andai Al-Quran bisa berbicara, ia akan berkata:
Waktu kau masih kanak-kanak, kau bagai teman sejatiku, dengan wuduk kau sentuh aku,
dalam keadaan suci kau pegang aku, kau baca dengan lirih dan keras, sekarang kau telah
... dewasa, nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku, apakah aku bacaan usang? Yang
tinggal sejarah? Sekarang kau simpan aku dengan rapi, kau biarkan aku sendiri. Aku
menjadi kusam dalam almari. Berlapis debu, dimakan kutu, ku mohon peganglah aku lagi,
bacalah aku setiap hari, kerana aku akan jadi penerang dalam kuburmu!
Jangan Biarkan Anda Semakin Jauh Dari Al Quran!
Sunday, April 22, 2012
kisah seorang hamba ALLAH yang beribadat selama 500 tahun
Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah s.a.w katanya:"Wahai muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun diatas sebuah bukit yang lebar,panjangnya bukit itu 30 puluh hasta kali 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru.
Dan di situ Allah s.w.t mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan Allah s.w.t juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah s.w.t. supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit.Maka Allah s.w.t. pun menerima permintaanya.
Berkatalah malaikat lagi:"Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud, kami mendapat dalam ilmu bahawa ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah s.w.t. lalu Allah s.w.t. menyuruh Malaikat:"masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku:" maka berkata orang itu:"Dengan disebabkan amalku?" Maka Allah s.w.t. menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan.Apabila penghitungan dibuat maka amal yang dibuat oleh orang itu selama 500 tahun itu telah habis apabila dikira dengan sebelah mata, yakni nikmat pengelihatan yang Allah s.w.t. berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.
Maka Allah s.w.t. berfirman:"Masukkan ia kedalam neraka".Apabila ia ditarik ke neraka maka ia pun berkata:"Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmarmu."Lalu Allah s.w.t. berfirman kepada malaikat:"Bawakan ia ke mari".Kemudian Allah s.w.t. bertanya orang itu:"Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada"Lalu orang itu menjawab:"Engkau ya Allah".Kemudian Allah s.w.t. bertanya lagi:"Apakah itu kerana amalmu atau rahmatku?".jawab orang itu:"Ya Allah, dengan rahmatmu."Allah s.w.t. bertanya lagi:"Siapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?".Jawab orang itu:"Engkau ya Allah".Allah s.w.t. bertanya lagi:"Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit yang di tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan siapakah yang menumbuhkan sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali lalu kamu meminta supaya aku matikan kamu dalam sujud, jadi siapakah yang membuat semua itu?"
lalu orang itu berkata:"Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukanya."Allah s.w.t. berfirman:"Maka semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatku."Malaikat Jibrail berkata:"Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah s.w.t.
Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan pada hambanya, oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga Allah s.w.t. sebaliknya memohonlah dengan rahmatnya.
Sebab hanya dengan rahmat Allah s.w.t. sajalah seseorang itu dapat memasuki syurganya .Apabila kita memohon kepada Allah s.w.t. supaya dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatnya maka mintalah supaya Allah s.w.t. memasukkan kita dengan rahmatnya ke dalam syurga FIRDAUS.
riak...
Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Riak ialah menampakan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia. Menampakkan amal soleh agar dilihat oleh manusia lain agar dirinya mendapatkan pujian, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. Melakukan ibadah tetapi tidak ikhlas, bukan kerana Allah. Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitabnya Fathul Baari berkata "Riak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan dilihat manusia."
Orang tidak tahu jika kita riak. Kita juga tidak boleh mengatakan orang lain itu riak. Ini adalah kerana riak adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat dan hasrat di hati kita.
Tetapi walaupun ia rahsia, namun ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk menilai kemungkinan terjadi riak.
1. Rajin beramal jika mendapat pujian atau sanjungan dan malas atau berkurang amal jika mendapat celaan dan kecaman.
2. Rajin beramal apabila bersama-sama dengan orang lain dan malas atau tidak beramal bila bersendirian.
3. Menjauhi larangan Allah jika bersama orang lain dan melanggar larangan-larangan-Nya jika ia sedang sendiri dan jauh dari penglihatan manusia.
Ibadah orang yang riak akan ditolak serta tiada nilai disisi Allah.
Firman Allah, "Maka celakalah bagi orang-orang yang solat,(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. Mereka yang mengerjakan kebaikan dengan riak." ( Al Ma'un: 4-6)
Abu Hurairah yang berkata, ”Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan kemudian dinampakkan kepadanya nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apa yang kamu lakukan dengannya?” Dia menjawab, “Aku berperang untuk-Mu sampai aku mati syahid.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau berperang kerana ingin disebut sebagai orang yang berani.
Dan itu sudah kau perolehi.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan juga membaca Al Quran. Dia didatangkan kemudian ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sudah didapatinya dan dia pun mengakuinya.
Allah bertanya, “Apakah yang sudah kau perbuat dengannya ?” Maka dia menjawab, “Aku menuntut ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Quran kerena-Mu.” Allah berfirman, ”Engkau dusta, sebenarnya engkau menuntut ilmu supaya disebut sebagai orang alim. Engkau membaca Quran supaya disebut sebagai Qari’.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian ada seseorang yang telah mendapatkan anugerah banyak harta. Dia didatangkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang diperolehnya. Maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kamu perbuat dengannya?” Dia menjawab, “Aku telah sedekahkan harta di jalan-Mu dan untuk-Mu.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau lakukan untuk digelar orang yang dermawan dan engkau sudah memperolehnya.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.” (HR Muslim)
Friday, April 20, 2012
kisah malaikat maut menyamar
Ada seorang dari kalangan Bani Israil yang asyik menimbun harta yang banyak, semua diambil dan dikumpulnya. Dia membina satu istana yang lengkap dengan pengawal-pengawalnya dan semua ahli keluarganya dikumpul bersama.
Pada suatu malam, dia duduk sambil mengangkat salah satu kakinya dan pembantunya sedang duduk bersila makan malam, manakala setelah pembantunya selesai makan, dia berkata :
"Wahai diriku, berilah aku ketenangan, kerana aku sudah menyediakan semua keperluanmu".
Belum lagi habis kata-katanya, tiba-tiba datang malaikat Maut menyamar seperti pengemis, membawa kantung kosong seperti peminta sedekah. Kemudian dia menggoyang-goyangkan pintu dengan kuatnya sehingga mengejutkan semua penghuni rumah termasuk raja yang sedang goyang kaki di atas kerusinya.
Pengawal menemui tamu tersebut dan bertanya :"Apa maksudmu ?"
Tamu menjawab : "Tolong panggilkan tuanmu".
Lantas pengawal istana menjawab : "Raja kami tidak mahu menemui tetamu seperti engkau". "Siapa engkau ?"
Kata malaikat Maut lagi : "Katakan kepada tuanmu, aku mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun saya mesti menemuinya".
Kemudian pintu digoyangkan lagi, jauh lebih kuat dari yang pertama. Oleh yang demikian, pengawal istana melompat ke arah tamu.
Kemudian tamu itu berkata lagi:"Beritahu kepada tuanmu bahawa saya adalah malaikat Maut"
Mereka dalam ketakutan dan tuannya pucat sambil berkata :"Elok-eloklah jika kamu bercakap kepadanya (malaikat maut)"
Lalu pengawal itu menanya nyawa siapakah yang mahu diambil. Kemudian malaikat Maut masuk ke bilik tuan tadi dan berkata :"Lakulah apa yang tuan mahu dengan harta tuan, yang jelas saya tidak akan keluar dari rumah ini sebelum nyawa tuan melayang"
Raja itu melihat dan menghitung semua hartanya dan berkata kepada hartanya :"Semoga engkau dilaknat Allah Subhanahu wata'ala, engkaulah yang membuat aku sibuk sehingga tidak sempat beribadah kepada Allah. Engkaulah yang menghalang aku daripada mengabdikan diri kepada Allah"
Kemudian dengan kuasa Allah, harta itu menjawab :"Mengapa tuan mencela aku ? Tuan telah menjadi raja dengan sebabku dan memperalatkanku, tuan dapat beristri dan bersenang-senang dengan wanita cantik kerana aku. Tuan sudah menjadi raja dengan sebab aku, bahkan tuan telah menggunakan aku ke jalan yang tidak baik, namun aku diam sahaja. Seandainya tuan memanfaatkan aku ke jalan yang baik, jelas tuan akan beruntung. Kita sama-sama dari tanah, boleh saja mendapat kebaikan ataupun dosa."
Lalu malaikat Maut mencabut nyawa lelaki itu sehingga mati....
Sahabatku, Inilah dunia.. Halalnya dihisab, Haramnya diazab. Segalanya bagaikan fatamorgana jika tidak dijadikan ibadah dan dijadikan alat untuk meraih taqwa. Kemanisannya...cuma sebentar.
cara mengubati buruk sangka...
6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:
1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.
2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.
3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.
4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.
5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.
6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.
Wednesday, April 18, 2012
kita sebenarnya...
Kita sebenarnya lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram...
Kita sebenarnya lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal...
Kita sebenarnya lebih membesarkan hari Sabtu n Ahad daripada hari Jumaat...
Kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan...
Kita sebenarnya lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada solat dan mengaji...
Kita sebenarnya lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama Nabi...
Kita sebenarnya lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum...
Kita sebenarnya lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertahmid...
Kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri...
Kita sebenarnya lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku agama...
Kita sebenarnya lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama...
Kita sebenarnya lebih suka memaki, ngumpat orang daripada memuji mereka...
Kita sebenarnya lebih suka mencarut, daripada menyebut MasyaAllah...
Kita sebenarnya lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan...
Kita sebenarnya lebih bangga dgn kejahilan kita drpd b'syukur dgn keimanan kita...
Kita sebenarnya lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat....
TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...
KITA SEBENARNYA ingin menuju ke Syurga daripada ke Neraka...
Layak kah kita dengan Syurga milik Allah S.W.T.??
Fikir-fikirkanlah... Dan Renung-Renungkanlah...
Monday, April 16, 2012
kisah Rasulullah SAW dengan kucingnya...
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu memeluk mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri. Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.
Namun ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya. Sayangilah mereka...
duit bukan segala-galanya!
Duit boleh beli BANTAL & TILAM, tapi tidak boleh beli TIDUR..
Duit boleh beli UBAT, tapi tidak boleh beli KESIHATAN..
Duit boleh beli BUKU, tapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN..
Duit boleh beli INTAN PERMATA, tapi tidak boleh beli KECANTIKAN..
Duit boleh beli MAKANAN, tapi tidak boleh beli SELERA..
Duit boleh beli RUMAH, tapi tidak boleh beli KELUARGA..
Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tapi tidak boleh beli PELAJARAN..
Duit boleh beli HIBURAN, tapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN..
Duit boleh beli PERNIAGAAN, tapi tidak boleh beli KEBERKATAN..
Duit boleh beli CINTA, tapi tidak boleh beli KESETIAAN..
Duit boleh beli ORGAN BADAN, tapi tidak boleh beli NYAWA..
Duit boleh beli PANGKAT & KEDUDUKAN, tapi tidak boleh beli IMAN……
Saturday, April 14, 2012
sujud terakhir...
Ya Allah
Dalam sujud terakhirku
Kuteriakkan asma'Mu sekeras-kerasnya
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku
Biar tenggelam segala kejahilanku..
Ya Rabbi
Dalam sujud terakhirku
Ku menangis sejadi-jadinya
Biar kering air mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang..
Ya Rahman
Dalam sujud terakhirku
Kulihat semua dosa yang membayangiku
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...
Ya Mujib..
Aku berlindung di atas nama-Mu dan kekuasaanMu..
Peliharalah diri dan hatiku
Agar ia mampu membesar dengan baik
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..
Kan ku teguh menatang serikandi ummah..
Ya Rahim
Dalam sujud terakhirku
Biarkan daku patah dalam cahaya-Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu
Ya Allah..
Aku akui keagungan-Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan-Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada-Mu..
Ya Malik..
aku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada-Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda..
Kasihanilah daku, Ya Allah
Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus-Mu..
Ya Allah Hanya kepada-Mu lah terletaknya harapanku
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi
Hanya untuk menyebut nama-Mu dan kekasih-Mu tercinta
Sesungguhnya aku adalah kepunyaan Allah
Dan kepada-Nya jualah aku pasti kembali....Amiin ya Rabbal 'alamin..
Thursday, April 12, 2012
bumi milik ALLAH
Manusia pertama yg tinggal di planet bumi ialah Nabi Adam a.s. yg merupakan hamba Allah yg beragama Islam, yg paling tawadhuk dan taat pada zaman itu.
Allah ajar nama pokok, alat, benda dll yg terdapat di bumi dan cara menggunakannya. (rujuk surah al-Baqarah).
Bukannya seperti yg org kafir faham, manusia dgn sendiri belajar melalui akalnya.
Bermakna, bumi ini telah diamanahkan oleh Allah ta'ala kepada hambaNya yg merupakan orang Islam.
Pada zaman Nabi Nuh a.s., Allah telah binasakan orang kafir kerana keingkaran mereka menyembah Allah.
Begitu juga pada zaman Nabi Lut a.s., Nabi Saleh a.s, Nabi Musa a.s.
Sepatutnya kita berusaha meramaikan orang Islam, mengalunkan azan, memperbanyakkan masjid di bumi Allah ini.
Bukanlah mengurangkan masjid, menghalang dakwah Islam, menyerahkan urusan org Islam kpd org kafir.
Janganlah kita segan atau malu mempromosikan Islam, sunnah Nabi, syiar Islam kerana bumi ini Allah wariskan kpd hambaNya yg mukmin.
Wednesday, April 11, 2012
hidup, satu pilihan.
Serpihan-serpihan sampan adalah harapan yang masih ada tatkala jiwa jatuh putus asa.
Yang pandai berenang adalah insan-insan yang teguh pada keyakinan iman dan mara dengannya.
Yang mati pula adalah antara dua- mati dalam kegagalan dan putus harapan, atau syahid di medan perjuangan.
Kita adalah insan yang menentukan nasib kita sendiri. Kita punyai sampan iaitu kehidupan yang kita sendiri nakhodai. Allah menunjukkan jalan, memberi peta, pilihan kita sama ada mahu menuruti-Nya atau memilih jalan sendiri yang membawa celaka.
Tiada siapa yang dapat mengawal kita melainkan kita sendiri yang mengawalnya.
Tiada siapa yang dapat memaksa kita melainkan kita sendiri yang berkehendakkan sesuatu padanya.
Nyata, hidup ini satu pilihan dan kita yang membuat pilihan itu.
Hidup ini pada dasarnya milik kita, pada hakikatnya milik Allah. Apa yang kita lakukan sekarang menentukan ke mana kita akhirnya. Benar Dia maha mengatur segalanya, tetapi Dia telah memberi peluang kepada kita untuk membuat pilihan. Ke arah kiri, mahupun kanan. Pilih ke kiri, neraka jawabnya. Pilih ke kanan, syurga menanti di sana. Salah pilihan, salah lah pengakhiran.
Kita menggenggam kunci kehidupan kita sendiri. Carilah pintu yang benar, menerusi pandangan sisi hati yang berkehendakkan kepada imaanubillah, keimanan kepada Allah. Jalan tersergam di hadapan. Jalan yang sempit yang membawa kepada kehidupan, jalan yang luas yang membawa kepada kehancuran. Betapa ramai yang memilih jalan yang luas itu, sedikit orang yang melalui jalan sempit itu.
" Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu. "
-QS : 47 :31
Sememangnya kehidupan itu sendiri adalah ujian. Ujian yang datang dalam berbagai rupa. Kegembiraan juga satu ujian, ujian untuk menguji sama ada hamba itu bersyukur dan beriman kepada-Nya dalam keadaan senang. Kesedihan jua satu ujian supaya hamba kembali taat kepada-Nya.
Dakaplah kehidupan ini dengan penuh rasa rendah di hadapan-Nya, iman tawakkal takut cinta harap. Hanya pada Dia. Kerana hanya dengan rahmat-Nya, hamba itu bisa beroleh syurga.....
Tuesday, April 10, 2012
kisah bau KASTURI dan ZINA.
Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.
Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..
Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.
Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”
Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.
Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”
Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.
Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.
Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..
Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. ^_^
Monday, April 09, 2012
warna-marna kegemaran Rasulullah SAW
Selama ini mungkin kita hanya mengetahui bahwa Rasulullah atau Islam identik dengan warna hijau. Sebenarnya apa warna-warna kegemaran Rasulullah Muhammad saw?
Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.” Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahwa Nabi Muhammad saw pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, abu-abu dan warna campuran.Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata : ” Yang amat disukai oleh Nabi saw ialah warna putih.”
Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau karena warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.”
Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: “Aku pernah melihat Nabi saw memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya…”
Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : “Pernah Rasulullah saw berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumat.”
Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : “Pernah Nabi saw keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna abu-abu.”
Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : “Nabi saw menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.”
Saturday, April 07, 2012
tempuhi 7 gunung...
Menurut Imam Al-Ghazali, manusia akan menempuhi tujuh gunung ini sebelum amalan-amalannya diterima Allah S.W.T. Iaitu:-
1) Gunung Taubat
Dosa kepada Allah:
-meninggalkan yang wajib
-mengerjakan yang haram
Dosa pada makhluk
-menganiaya diri mereka
-menganiaya harta meeka
-menganiaya ahli keluarga mereka
menganiaya agama mereka
2) Gunung Ilmu
Usuluddin – Ilmu untuk mengenal Allah dan Rasul
Feqah – Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada diri dan harta
Tasauf – Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada batinnya yakni di dalam hati
3) Gunung Penghalang Ibadah
Dunia – hendaklah zuhud
Manusia – hendaklah diasingkan
Syaitan – hendaklah diperangi
Nafsu – hendaklah dikekang dengan takwa kepada Allah
4) Gunung Perintang Ibadah
Rezeki – hendaklah tawakal yakni tetap di atas janji Allah
Khatir – ertinya gerak hati kepada yang di takuti atau kepada yang di
harap hendaklah berserah kepada Allah
Qada – hendaklah redha
Bala – hendaklah sabar
5) Gunung Peringkat Ibadah
Khauf – takut pada Allah dengan mengingatkan seksanya di dalam neraka
Raja- harap kepada Allah dengan mengingkan nikmatNya di dalam syurga
6) Gunung Pencatat Ibadah
Riak – hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah
Ujub – hendaklah ingan petunjuk Allah dan pertolongan Nya
7) Gunung Syukur
Hendaklah memalingkan segala nikmat yang dikurniakan itu kepada
mentaati Allah yang mengurniakannya.
Friday, April 06, 2012
sedarlah sahabat...
ketika ego melangit tinggi
ketika nasihat yg baik berada ditelapak kaki
ketika cinta duniawi membutakan hati
ketika terbuai sesuatu yg tak pasti...
sedarlah sahabat...
sebelum Tuhan menjemput pulang...
Thursday, April 05, 2012
ingat mati!
APA FAEDAHNYA INGAT MATI SEDANGKAN KITA MAHU KEMAJUAN?
Firman Allah yang bermaksud "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
Surah Ali Imran ayat 185.
Kita masih dan sedang merancang hendak besarkan lagi rumah yang sudah besar.
Sedang berkira-kira hendak ambil loan untuk dapat kereta baru.
Bersuka-suka dengan perempuan yang tidak halal.
Ingin bahkan rebut jawatan, pangkat, gaji besar supaya dapat berbangga, menunjuk-nunjuk, bermewah-mewah.
Gila puji, gila dunia, sombong, takabur, dengki, dendam, bakhil dan macam-macam lagi sifat jahat lahir mahupun batin yang kita jadikan mainan hidup kita.
Walhal kalau kita sedar dan rasa yang kita akan mati, tentulah semua kejahatan itu dapat kita elakkan.
Tentu rumah yang ada sudah cukup, bahkan mungkin hendak dikecilkan lagi, sebab takut dihisab nanti.
Tentu tidak ambil riba lagi dan tidak bantu bank-bank riba.
Bahkan duit-duit simpanan pun dikeluarkan dari bank dunia dimasukkan ke bank akhirat.
Tentu sudah takut hendak bergaul bebas dengan perempuan yang haram bagi kita.
Bahkan hendak pandang pun takut.
Takut zina mata. Takut mata itu nanti dibakar oleh api neraka.
Sudah takut hendak pegang jawatan besar dan gaji besar sebab itu semua akan memberatkan dan menyusahkan hisab di Padang Mahsyar.
Takut hendak bermewah apalagi membazir, kerana takut tidak dapat jawab dan tidak lepas dari hukuman Allah.
Sebab itu semua itu di serahkan kepada tabung jihad, tabung akhirat. Dengan harapan untuk bermewah di akhirat.
Pendek kata apa juga perkara yang boleh menyusahkan kita di alam Barzakh dan di alam kubur nanti tentu kita elakkan sedaya mungkin.
Hatta soal-soal hati pun dijaga, jangan biarkan busuk dan kotor kerana hati begitu nanti tidak selamat juga daripada dibakar oleh api neraka.
Firman Allah yang bermaksud:
Pada hari itu (hari kita pergi mengadap Allah) tidak berguna lagi harta dan anak kecuali mereka yang pergi membawa hati yang selamat.
(Surah As Syuara` : 89)
Kerana itu orang yang sedar dan rasa dia akan mati bukan saja membersihkan amalan lahir tetapi hati pun dijaga betul.
Supaya kekotoran sifat mazmumah diganti oleh mahmudah.
Selagi hati masih kotor dan selagi dosa-dosa lahir masih dibuat, selama itu kita tidak rasa tenang dan bahagia.
Sebab takut dan rasa tidak selamat dari hukuman Allah di alam barzakh dan di akhirat.
Tapi kalau ada orang yang masih rasa tidak apa dan rasa seronok dengan maksiat lahir mahu pun batin, orang itu sebenarnya tidak sedar yang dia akan mati.
Orang begini adalah orang yang BODOH!
Kata Rasulullah saw, orang yang paling CERDIK ialah orang yang banyak ingat mati.
Maknanya orang yang paling bodoh ialah yang langsung tidak fikir tentang mati.
Lebih kurang macam kambing yang walaupun nampak pisau di tangan tuannya, sedang dihala ke lehemya, bakal mengambil nyawanya, tapi dia masih ketawa dan manis muka.
BODOH betullah dia.
Tetapi tidak apalah, sebab dia kambing.
Kambing tidak akan disoal oleh mungkar nakir.
Tidak akan dihisab di Padang Mahsyar.
Apa hal dengan manusia yang macam kambing?
Ataukah mereka rasa lepas mati kita tidak hidup lagi?
Itu satu perkiraan yang tidak wajar.
Sebab kehidupan di dunia perlu diadili.
Kerana itu Allah akan bangunkan sekali lagi untuk satu pengadilan dan kira bicara yang mutlak.
Agar hidup benar-benar bermakna pada semua orang.
Ayat Al Quran:
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah, kamu dikembalikan.
(Al Anbiya` : 35)
Ya, MATI pasti datang!!!
Dan kita akan dihidupkan kembali untuk dipersoalkan tentang apa-apa yang Allah pertanggungjawabkan pada kita di dunia.
Soalnya bilakah masanya kita akan mati?
Jawabnya kematian itu mungkin akan berlaku sejam lagi!
Mati boleh datang sedetik lagi!
Jawabnya kematian itu mungkin akan berlaku seminit lagi.
Mati boleh datang sedetik lagi!
Jangan kita nafikan hal ini.
Jangan kita remehkan hal ini, bahawa Allah cukup kuasa untuk mematikan kita sebentar lagi.
Kalau kita tidak gentar dengan keperkasaan Allah ini, cuba doakan agar Allah tarik nyawa kita sekarang juga.
Jangan fikir Allah tidak buat.
Allah boleh matikan seluruh manusia di dunia sekaligus sekelip mata.
Begitu kuasa Allah.
“Jadi!” Maka jadilah.
KUN FAYAKUN
Cuma Allah tidak berbuat begitu.
Dia benarkan kita hidup untuk beberapa waktu lagi agar sempat lagi kita bertaubat dan menambah bakti dan mengabdikan diri padaNya.
Ingat Firman Allah:
Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku
( Ad Dzariat : 56)
Maknanya Allah panjangkan lagi umur kita ini dengan tujuan memberi peluang lagi kita mencari jalan untuk menyembah-Nya.
Sebab itulah setiap kali Allah bangunkan kita untuk hidup sehari lagi, dan sehari lagi, syukurlah banyak-banyak sebab Allah beri peluang lagi untuk kita mencari dan lagi bekal untuk perjalanan dan hidup di akhirat.
Serta mintalah pada Allah hidayah dan taufik untuk hari itu dan hari-hari berikutnya, agar dapat kita gunakan sepenuhnya untuk dan kerana Allah.
Dalam pada itu kita mesti selalu ingat bahawa bila-bila masa saja Izrail boleh datang menjemput kita untuk kembali ke hadrat Allah.
Memang Izrail tiap-tiap hari menjenguk atau memandang kita.
70 kali sehari atau setiap 20 minit!! Awas....!!
Dia lihat kalau kalau sudah tiba masanya untuk kita dibawa ke alam barzakh.
Izrail tidak pernah cuti. Kalau begitu nyawa kita boleh diambil bila-bila saja.
Mungkin seminit dari sekarang!
Masya-Allah!
Cuba kita rasakan benar-benar yang kita boleh jadi mati seminit lagi.
Aduh!
Akan jadilah sepertimana orang yang dihukum gantung, yang dibincangkan di awal tadi.
Nescaya kita tidak berani lagi hendak buat maksiat kecil atau besar.
Bukan saja maksiat, bahkan perkara harus pun sudah tidak lalu.
Panggang hati atau ayam pun kalau dihidang tidak ada makna.
Isteri muda yang cantik molek pun dibawa, kita tidak ada mood lagi.
Yang kita fikir ialah dosa-dosa yang bertimbun.
Tentu akan kejar sana, kejar sini, cari orang yang kita ada buat dosa, untuk minta maaf.
Panggil siapa sempat untuk wasiat agar bayar hutang, wakafkan harta benda, keluarkan duit di bank.
Sambil itu menangis dengan Allah minta ampunkan dosa-dosa.
Minta tangguh kalau boleh agar beri masa untuk buat segala-gala amal soleh.
Hati tidak fikir lain lagi melainkan Allah, Allah, Allah.
Itulah faedahnya ingat mati.
Kita akan takut dengan dosa, bahkan amal yang sia-sia pun tidak terbuat lagi.
Ingat mati benar-benar kontrol kita untuk minta ampun dengan Allah dan dengan manusia.
Tidak terfikir lagi hendak derhaka pada Allah dan hendak bersengit-sengit hati dengan kawan-kawan.
Di samping itu ingat mati akan tambah kekuatan untuk membangunkan amal kebaikan dan berkorban serta berjuang menegakkan agama Allah.
Kita tidak fikir panjang lagi untuk korban segala-galanya di jalan Allah.
Tidak letih lagi berjuang untuk menegakkan hukurn Allah.
Inilah yang dimaksudkin oleh Rasulullah saw bahawa orang cerdik ialah orang yang banyak ingat mati
Yang mana, hasil ingat akan mati akan tercetuslah segala kebaikan dan hapuslah sikap jahat kita.
Bukannya bila ingat mati langsung tidak mahu keluar rumah. Hendak solat saja.
Itulah perangai orang jahil.
Orang yang faham Islam, bila sebut mati maka berlompatanlah mereka berjuang, membangunkan Islam agar mati syahid.
Sebab kematian yang paling mulia ialah mati syahid.
Rasulullah saw dan para sahabat ialah generasi umat Islam yang sangat banyak ingat mati.
Apakah mereka bangsa yang pasif dan jumud?
TIDAK!!!
Di tangan merekalah 3/4 dunia menyerah pada Islam.
Mereka berhabis-habisan menyerah tenaga, fikiran dan segala-galanya untuk Allah, sebagai simpanan di akhirat nanti.
Itulah hasil ingat mati.
Dan kalau kita boleh ulangi sikap ini (sentiasa ingat mati) nescaya kita juga jadi bangsa yang sentiasa bertenaga untuk berkorban dan berjuang di jalan Allah demi menegakkan Islam ke seluruh dunia.
InsyaAllah...............
Wednesday, April 04, 2012
kelebihan meninggalkan.......
Umar r.a. diberitakan pernah berkata:
“Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.
“”Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.”
“Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan dalam dirinya.”
“Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan beribadah.”
“Siapa yang meninggalkan gurauan, dianugerahi kepadanya keindahan budi bahasanya.”
"Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, dianugerahi kepadanya cinta kepada akhirat.”
“Siapa yang meninggalkan kesibukan menghitung aib orang lain,
dianugerahi kepadanya kesempatan untuk memperbaiki dirinya sendiri.”
“Siapa yang meninggalkan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah SWT,maka dia akan dianugerahi keselamatan dari iktiqad orang munafik.”
wallahu’alam..
Tuesday, April 03, 2012
siapa untuk ku?
Tidak perlu dicari apa yang sudah seharusnya menjadi milikmu, yang pasti menjadi milikmu itu akan tetap untukmu, cepat atau lambat itu hanya waktu. Sebaliknya apa yang bukan milikmu itu, walau kau kejar, semakin jauh. cepat atau lambat, membuat dirimu semakin jenuh.
Yakinlah pada firman-Nya,
“Perempuan - perempuan yang keji untuk laki - laki yang keji dan laki - laki yang keji untuk perempuan - perempuan yang keji, perempuan - perempuan yang baik untuk laki - laki yang baik dan laki - laki yang baik untuk perempuan yang baik.”QS [24:26]
nasihat...
Nasihat sepanjang zaman
Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.
Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.
Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadha’Nya)
Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.
Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.
Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.
Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.
Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.
Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.
Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.
Subscribe to:
Posts (Atom)