Pernah tak kita rasa bosan dengan pekerjaan yang kita lakukan? Dan Rasa seperti ingin berhenti kerja dan duduk goyang kaki sahaja di rumah?. Seronok kan kalau tiap-tiap hari tidak perlu bangun awal ke tempat kerja, tidak perlu sakit kepala memikirkan hal kerja tidak hanya goyang kaki di rumah.
Perasaan penat dan bosan itu adalah perkara lumrah bagi setiap manusia yang bergelar pekerja, Namun begitu apabila memikirkan hal berkaitan duit yang amat diperlukan dalam kehidupan, cepat kita buka langkah dan lupakan perasaan itu seketika.
Sejak dari kecil lagi kita sudah menanam impian dan memang diajar untuk menanam impian, masuk sekolah, cikgu akan mula bertanya, “cita-cita awak nak jadi apa?”. Namun begitu tidak semua yang di impikan akan dicapai. Yang sebenarnya ketika itu apa yang ingin dipupuk adalah niat kita itu sendiri iaitu untuk berjaya.
Tidak berjaya dalam apa yang kita inginkan sememangnya amat mendukacitakan, Namun begitu, perlu lah kita ingat, di mana kita di letakkan di situ adalah rezeki kita. Justeru, walau pekerjaan itu bukanlah bertepatan dengan minat kita sendiri, kita seharusnya mempunyai azam untuk bekerja dengan ikhlas, jujur dan memegang amanah tersebut dengan niat kerana Allah. Bukan sekadar bekerja kerana gaji atau lebih tepat lagi seperti yang selalu disebut, “nak hidup punya pasal..”.
Setiap apa yang kita lakukan sehari-hari adalah bermula dengan niat, Solat yang menjadi tiang Agama bermula dengan niat. Niat bekerja kerana Allah akan memandu setiap perbuatan kita dalam menghasilkan mutu kerja yang cemerlang dan berkualiti. Seperti mana kita menyebut berulang kali Surah al-An’am ayat 162 di dalam solat,
“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian Alam”.
Setiap kerja yang kita lakukan hendaklah disertakan dengan keikhlasan, keikhlasan itu akan membawa kepada kemurnian dalam kerja kita sehari-hari. Keikhlasan dalam bekerja juga adalah satu ibadat dan jika dilakukan dengan ikhlas akan diberi ganjaran oleh Allah. Niat bekerja kerana Allah akan memandu setiap perbuatan kita dalam menghasilkan mutu kerja yang cemerlang dan berkualiti. Seperti mana kita menyebut berulang kali Surah al-An’am ayat 162 di dalam solat,
“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian Alam”.
Oleh yang demikian, dari kita merungut bangun pagi untuk ke tempat kerja, merungut kerja yang diberikan terlalu banyak. Lebih baik setiap pagi, kita berniat untuk bangun bekerja kerana Allah. Sudah pasti badan terasa lebih kuat, minda terasa lapang dan hati terisi dengan semangat yang positif. Tiada lagi istilah curi tulang, makan gaji buta dalam hidup kita. Gaji dapat, Pahala pun dapat, Alhamdulilah..
Terdapat satu kisah yang mana suatu hari ketika baginda Rasulullah s.a.w duduk-duduk dengan para sahabat, mereka terlihat seorang anak muda sedang bekerja dengan penuh bersemangat seorang sahabat lalu berkata,
“Kasihan anak muda itu. Alangkah bagusnya kalau usia muda dan kekuatannya di gunakan untuk fisabilillah.”
Mendengar ucapan itu, lalu Rasulullah bersabda,
“Jangan kamu semua berkata demikian, sebab org itu kalau keluarnya dr rumah untuk bekerja bagi mengusahakan kehidupan anak nya yang masih kecil, maka dia telah berusaha fisabilillah.Jika dia berusaha untuk dirinya sendiri, tidak sampai meminta-minta kepada org lain, itu pun fisabilillah.Tetapi kalau dia bekerja untuk menunjuk-nunjuk apa-apa yang di milikinya atau untuk bermegah-megah maka itu lah fisabilis syaitan atau kerana mengikut jalan syaitan.”
(Riwayat At-tabrani)
(Riwayat At-tabrani)
Justeru bagi lelaki atau wanita, berusahalah dengan keringat sendiri kerana itulah sebaik-baik rezeki. Berusahalah juga dengan ikhlas.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment