Masa Ibarat Mata Pedang, Jika kita tidak memotongnya, Maka ia akan memotong kita
Masa itu ibarat emas, nilainya tinggi tidak terhitung, andai dicuri hilanglah ia dan tidak mungkin kembali lagi
Masa itu kurniaan Ilahi, untuk kita menikmatinya. Hargai ia tiap ketika, agar kita tak kesal kemudian hari
Masa yang berlalu, yang telah pergi tidak akan mungkin berulang lagi. Jangan diratap, jangan ditangisi kerana semua salah sendiri
Bila bercakap pasal masa...cuba kita renungan apa yang kita dah buat untuk kejarkan masa yang begitu pantas ini?
Adakah kita mengejar masa untuk mengubah kehidupan yang lebih selesa atau kita hanya biarkan masa yang mengubah kehidupan kita? Atau kita sudah selesa dan hanya redha dengan keadaan sediada dan membiarkan masa berlalu begitu sahaja...jika kita begitu, sudah pasti kita seorang yang rugi dan seorang yang malas.
Pernahkah kita terfikir "kalau la saya dapat putarkan masa..pasti saya bla bla..."
Kenapa kita perlu melihat sahaja kejayaan dan kesenangan orang lain, padahal kita juga layak dan boleh jadi seperti mereka andai kita mengambil peluang dan masa yang ada di depan kita.
Kenapa kita perlu melihat sahaja kejayaan dan kesenangan orang lain, padahal kita juga layak dan boleh jadi seperti mereka andai kita mengambil peluang dan masa yang ada di depan kita.
Ayuh kawan-kawan..jgn tunggu masa yg mencantas kita..rebut la peluang kejayaan di depan mata sebelum kejayaan tersebut hilang dan pergi jauh dari kita.
"Sesungguh Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika kita tidak berusaha untuk mengubahkannya"
No comments:
Post a Comment