Usaha untuk memperbaiki diri ini yang utama sekali adalah hendaklah kita banyak melihat kekurangan-kekurangan diri sendiri. Kemudian, insaf dengan kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan. Untuk mengenal diri itu ada empat cara, iaitu:
1. manusia yang hendak memperbaiki dirinya itu hendaklah bergaul dengan seorang guru yang dapat melihat kekurangan-kekurangannya. Kemudian dapat menerangkan apa kesalahan-kesalahannya dan menuruti nasihat serta berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengadakan perubahan.
2. mencari seorang teman yang benar dan jujur yang dapat mengawasi segala tingkah laku kita. Kemudian sahabat itu mahu menegur dan menasihati setiap akhlak yang buruk dan perbuatan yang keji dengan berterus-terang membuka kesalahan zahir dan batin.
3. mendengar dan melihat kekurangan-kekurangan diri kita melalui perkataan musuh-musuh kita. Kerana musuh itu akan menyebut secara terus terang segala kejahatan kita tersebut. Kadangkala apa yang disebut oleh musuh tentang kejahatan kita itu lebih bermanfaat daripada ucapan seorang teman yang suka menyembunyikan kekurangan-kekurangan kita.
4. dengan memperbanyakkan bergaul dengan manusia dan mengawasi sifat-sifat yang tercela pada mereka, kemudian mengambil pelajaran atau iktibar untuk memperbaiki diri kita sendiri.
Pada masa sekarang ini memang susah kita nak cari guru yang sesuai tapi masih ada guru yang sanggup menolong kita. Kita sendiri kena berhati-hati, takut-takut kalau termasuk ajaran sesat pula. Kita kena banyak berdoa pada Allah, selalu bertaubat, bertahajjud, dan berbuatlah baik serta jauhilah larangan-Nya.
Memang susah nak berbuat baik dan memang senang berbuat jahat. Walaupun ada dikalangan kita yang selalu alpa dan semakin melupai-Nya namun masih terdapat golongan-golongan yang masih lagi berpegang kuat pada suruhan-Nya. Golongan inilah yang perlu kita contohi selain daripada Rasulullah, kaum keluarga dan para sahabatnya. Yang paling penting sekarang adalah diri kita sendiri yang ingin berubah dan mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan kita. Insya-Allah...
No comments:
Post a Comment