Thursday, August 04, 2011

amalan dalam bulan ramadhan


Pagi


1. Sembahyang sunat subuh dan fardu subuh, kemudian wirid biasa serta doa sesudahnya .

2. Berzikir

3. Tasbih – 100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajikan, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat .

4. Selawat sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali

5. Sembahyang sunat :

· Sembahyang sunat Dhuha

· Sembahyang sunat Tasbih

· Membaca Al-Quran

· Membaca doa taubat Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar )


Tengah Hari


1. Sembahyang : Sunat Zohor – Fardu Zohor – sunat Zohor serta doa .

2. Istighfar & Istighfar untuk Ibubapa – 70 kali atau 100 kali


Petang


1. Sembahyang : Sunat Asar –Fardu Asar – wirid/doa

2. Zikir sebanyak yang boleh

3. Tasbih

4. Bertakbir

5. Selawat 10 atau 100 kali


Maghrib


1. Berbuka puasa – Sembahyang Maghrib dan sunat Maghrib

2. Sembahyang sunat Awwabin

3. membaca “Tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung .”(baca dalam bahasa Arab)


Isyak


1. Sembahyang sunat Isyak–Fardu Isyak-Sunat Isyak

2. Sembahyang sunat Terawih – sunat Witir

3. Membaca Al-Quran


Tengah Malam


Jam 2.00 malam atau 3.00 malam hingga keluar fajar subuh .

1. Sembahyang sunat wuduk

2. Sembahyang sunat Tahajjud ( 2 atau 4 atau 6 atau 8 atau 12 rakaat ) dan berdoa .

3. Sembahyang sunat Hajat ( memohon sesuatu hajat ) dan berdoa

4. Sembahyang sunat Tasbih dan doa

5. Berzikir ( di dalam hati nurani / ingatan sebanyak-banyaknya )

6. Membaca Tasbih istighfar 100 kali atau 70 kali

7. Membaca Tasbih dan zikir majmuk ( sebanyak 100 kali )


Setelah masuk waktu subuh dan setelah azan subuh, sembahyang sunat Subuh/Fajar dua rakaat, sebelum sembahyang Subuh ( antara azan dan sembahyang fardu subuh ), bacalah istighfar tasbih 100 kali dan kemudain berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa-antara azan (bang) subuh dengan sembahyang subuh iaitu bertasbih dan memohon keampunan (kalau sempat waktunya) .


Bersedekah


Bersedekah setiap hari pada bulan Ramadhan, tinggi pahalanya kerana kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadhan .


Bersedekahlah pada bulan puasa menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa, berlipatganda yang paling banyak pahalanya .


Dicurahkan rahmat Allah, dijauhkan dari azab neraka, didekatkan syurga, terjatuh dari bala .


Peringatan


1. Awas, singkirkanlah jauh-jauh perasaan ‘ujub,ria’ , takbur, sum’ah, hasad dengki, perkelahian – itulah racun dalam amalanmu, yang akan menghapuskan amalanmu kerananya .


2. Kalau tidak dapat diamalkan semua, janganlah tinggalkan semuanya, menurut sejauh mana lemah dan kuatnya iman pada dirimu .


3. Bawalah dan teruskanlah amalan ini sehingga di luar bulan Ramadhan, menjadi amalanmu seharian .


4. Sehari demi sehari umur kita kian menghujung, demi untuk mencapai keredhaan Allah semata-mata .


5. Insya-Allah akan tergolong kita ke dalam golongan hamba-hamba Allah yang solehin

No comments:

Post a Comment