Thursday, August 04, 2011

kelebihan memberi makan ketika berbuka puasa

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Pengajaran Yang Boleh Diambil Daripada Hadith:
  • Hadith di atas menerangkan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka.
  • Tindakan ini adalah sunat dilakukan kerana terdapat nilai-nilai murni seperti memupuk perasaan kasih sayang dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.
  • Allah akan memberi ganjaran pahala kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu

No comments:

Post a Comment