Terhadap mazmumah dengan Allah, langkah-langkah mujahadah kita ialah: Membanyakkan ibadah-ibadah hablumminallah seperti sembahyang sunat (dengan faham, khusyuk dan istiqamah), zik rullah, wirid dan tahlil, membaca Al Quran, berdoa, tafakur dan sebagainya.
1. SEMBAHYANG
Perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa menunaikan sembahyang hendaklah khusyuk. Ini berpandukan apa yang diingatkan oleh baginda Rasulullah SAW kepada Abu Zar: Ya Abu Zar dua rakaat sembahyang yang dilakukan dengan khusyuk itu lebih baik duri sembahyang sepanjang malam tetapi dengan hati yang lalai
Sembahyang yang khusyuk bolehlah diertikan sembahyang yang sempurna lahir dan batin. Ketika jasad mengadap Allah, hati jug-a tunduk menyembah Allah. Ketika mulut menyebut Allahu Akbar, hati juga mengaku Allah Maha Besar. Ketika jasad sujud menghina diri, hati juga menyungkur menghina diri. Dan ketika mulut memuji mengagungkan Allah dan berdoa pada Allah, hati juga memuja, merintih dan karam dalam penyerahan pada Allah. Telah bertanya Jibril pada Nabi SAW: Khabarkan padaku apa itu ihsan ?
Dijawab baginda, Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika tidak keliha tan, yakinlah bahawa Dia sentiasa melihat engkau.
Kalaulah dapat dihayati sembahyang itu, sebagaimana yang dianjurkan di atas, kesannya akan cukup besar pada diri dan jiwa manusia. Iman akan bertambah di samping bertambahnya rasa tawakal, syukur, redha, sabar dan lain-lain sifat mahmudah.Cukuplah sedikit rakaat sembahyangnya asal khusyuk daripada banyak sembahyang tetapi lalai. Sebab perkara yang menjadi matlamat ibadah ialah membuahkan iman dan akhlak manusia. Kalau banyak pun rakaatnya tetapi dikerjakan dengan hati yang lalai, maka bukan sahaja iman dan akhlak tidak bertambah, malah ia menjadi sia-sia. Mungkin pahalanya Allah berikan juga, tetapi banggakah kita kalau perniagaan yang kita buat hanya mengembalikan modal langsung tidak untung?
Sembahyang yang lalai tidak akan menambahkan iman dan menguatkan jiwa sebaliknya meletihkan badan sahaja. Di Padang Mahsyar nanti, Allah akan memanggil manusia yang sembahyang untuk diperiksa sembahyangnya. Waktu itu sembahyang akan dikategorikan pada lima peringkat:
1. Sembahyang orang jahil.
2. Sembahyang orang lalai.
3. Sembahyang orang yang lalai separuh khusyuk.
4. Sembahyang orang khusyuk.
5. Sembahyang Nabi-Nabi dan Rasul
Sembahyang orang jahil ialah sembahyang yang dilakukan oleh orang yang tiada ilmu tentang sembahyang. Dia tidak tahu tentang rukun dan sunat dan dibuat tanpa peraturan yang telah ditetapkan syariat. Kerana itu awal-awal lagi sembahyangnya ditolak malah ia berdosa kerana tidak belajar. Sembahyang orang lalai ialah sembahyang yang walaupun sempurna lahirnya tetapi hatinya tidak hadir langsung dalam sembahyang. Bermacam-macam perkara yang diingatkan sewaktu berdiri, rukuk, sujud dan duduk dalam sembahyangnya itu. Dari awal hingga akhir sembahyangnya sedikit pun tidak mengingati Allah. Sembahyang jenis ini diganjarkan dengan dosa bukan dengan pahala. Allah berfirman: Neraka Wail bagi orang yang sembahyang. Yang mereka itu lalai dalam sembahyangnya.(Al Maaun: 4-5)
Sembahyang yang ketiga ialah sembahyang yang di dalamnya berlaku tarik menarik dengan syaitan. Maknanya orang itu sentiasa berjaga bila syaitan mula melalaikannya dari Allah, cepat-cepat dikembalikan ingatannya pada Allah. Begitulah seterusnya berlakunya hingga akhir sembahyang. Ada waktu lalai dan ada waktu khusyuk. Sembahyang ini tidak berdosa dan tidak juga berpahala. Cuma orang itudimaafkan.
Sembahyang orang khusyuk ialah sembahyang orang yang sepanjang sembahyangnya itu penuh dengan ingatan pada Allah dan pada apa yang dibacakannya dalam sembahyang.Orang ini dapat merasakan yang dia sedang mengadap Allah, maka perhatiannya hanya pada Allah. Orang ini sembahyangnya bererti janjinya pada Allah, memohon ampun pada Allah, berdoa pada Allah, menghina diri pada Allah dan mengagungkan Allah. Sembahyang beginilah yang akan menghapuskan dosa, membaharui ikrar, menguatkan iman, mendekatkan hati pada Allah, meningkatkan taqwa dan mengelakkan diri dari perbuatan keji dan mungkar. Itulah keuntungan di dunia dan di akhirat Allah menganugerahkan pahala syurga yang penuh kenikmatan. Sembahyang yang kelima ialah peringkat tertinggi iaitu sembahyang para Nabi dan Rasul. Mereka ini luar biasa khusyuknya. Mereka benar-benar nampak Allah dengan mata hati. Dalam sembahyang mereka seakan-akan sedang berbual-bual dengan Allah. Sebab itu mereka tidak pernah jemu dengan sembahyang.
Bagaimana indahnya perasaaan hati orang yang dapat bertemu kekasihnya, begitulah indahnya perasaan mereka ini dalam sembahyang. Salah satu perkara utama yang disukai oleh Rasulullah SAW ialah sembahyang. “Sembahyang penyejuk mataku,” menurut sabda baginda. Syurga yang akan Allah anugerahkan pada mere- ka ialah syurga tertinggi yang tidak tercapai oleh orang-orang awam seperti kita. Jadi tugas kita sekarang ialah memperbaiki sem- bahyang di samping membanyakkannya. Untuk itu kita sekali lagi mesti mujahadah. Dan hanya dengan mujahadah kita mungkin dapat mempertingkatkan iman dan membanyakkan amalan soleh. Dan hanya dengan iman dan amal soleh sajalah kita dapat membina dan mencantikkan rumah kita di akhirat nanti.
2. ZIKRULLAH, WIRID DAN TAHLIL
Semua ibadah-ibadah zikrullah ini kalau dikerjakan dengan betul akan meresap ke hati dan menghasilkan iman, ketenangan, serta kebahagiaan di hati. Firman Allah: Ketahuilah bahawa dengan meng ingati Allah itu, hati akan tenang.(Ar Ra’d: 28)
Syaratnya mestilah ibadah itu dilakukan dengan beradab, difahami dan dihayati maksudnya.
Misalnya kita menyebut mestilah diberitahu hati bahawa Maha Suci Allah dari kekurangan yang disifatkan pada-Nya. Bila menyebut resapkan di hati bahawa segala puji bagi Allah, segala kebaikan, nikmat dan rahmat yang memenuhi langit dan bumi adalah kepunyaan Allah. Kenangkan segala pemberian Allah pada kita semasa menyebut pujian itu supaya dengan itu akan terasa hubungan kita dengan Allah.
Begitu juga ketika menyebut sedarkan hati bahawa Allah Maha Besar, Maha Pencipta, Maha Perkasa dan Maha Pentadbir seluruh langit dan bumi. Rasailah betapa kerdilnya kita di bawah pemerhatian Allah yang hebat itu.
3. MEMBACA QURAN
Al Quran ialah Kitabullah, diturunkan khusus untuk kita manusia. Membacanya adalah ibadah, memahaminya ialah ubat, mengikutinya adalah petunjuk dan menghayatinya menambah iman dan taqwa.Rugi besarlah orang yang menganggap dan ringan dengan Al Quran.
Bertanya Allah dalam surah Al Waaqiah: Sesungguhnya Al Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia. Terdapat dalam kitab yang terpelihara (lauhul mahfuz). Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. Diturunkan dari Tuhan semesta alam. Maka apakah kamu mengangap remeh sahaja Al Quran ini? Kamu (mengganti) rezeki (Allah) dengan mendustakan Allah. (Al Waaqiah: 77-82)
Umat Islam kini memang begitu, menyama-rata- kan kitab mulia ini dengan buku ciptaan manusia. Sewaktu-waktu, Al Quran dipermainkan untuk suka- suka dengan tujuan duniawi semata-mata. Alangkah sedihnya. Kembalilah, sama-sama kita junjung pusaka mulia, warisan yang betul-betul diuntukkan pada kita. Kita agungkan seagung-agungnya untuk kita perju- angkan sungguh-sungguh. Barulah padan dengan kemuliaan dan kehebatan yang ada padanya.
Di antara adabadab yang perlu dilakukan ketika kita membaca Kitab mulia ini ialah:
• Berwuduk.
•Tempat duduk adalah bersih dan suci seperti masjid, surau dan lain-lain.
• Mengadap kiblat.
• Bacaan dilakukan dengan tertib yakni dengan terang dan perlahan dan lambat-lambat.
• Memahami dan menghayati bacaan dengan melakukan apa yang dikehendaki oleh ayat yang dibaca. Misalnya kita baca ayat tasbih, maka kita pun berdoa dan bertasbih.
Bila membaca ayat doa dan istighfar, kita pun berdoa dan meminta ampun. Bila membaca ayat menceritakan azab Neraka, kita pun minta berlindung dari Neraka dengan doa. Bila membaca ayat yang menceritakan nikmat syurga kita pun berdoa. Bila baca ayat orang kafir mensyirikkan Allah, kita segera menafikan dengan ucapan dan begitulah seterusnya. Ucapan-ucapan ini boleh diucapkan di mulut atau di hati tetapi yang penting kesungguhan dan keikhlasan kita menyebutnya (mengucap kannya). Bacaan dibuat dengan suara dan nada yang merdu dan sedap. Jangan putuskan bacaan hanya kerana hendak makan atau berbual-bual. Hentikan ia di tempat-tempat yang telah ditentukan. Elok diakhiri dengan doa. Sesungguhnya kalau kandungan Al Quran itu ditatap selalu dengan kefahaman dan keimanan, Insya-Allah hati akan terdidik untuk tambah beriman dan bertaqwa.
4. BERDOA
Berdoa juga adalah ibadah, juga sumber iman dan pergantungan diri kepada Allah. Orang-orang yang tidak mahu berdoa kepada Allah sebenarnya sombong dengan Allah. Bukankah terlalu banyak hajat, keinginan dan harapan kita yang hanya mungkin tercapai dengan pertolongan Allah?
Kalau begitu, berdoalah. Adukan semua masalah kepada Allah dan gantungkan harapan penuh kepadaNya. Berdoalah di tempat-tempat dan di waktu- waktu yang di “kabul doa” dengan hati yang penuh khusyuk, mengharap dan yakin serta sabar, insya- Allah ia akan menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan. Sebab sudah fitrah manusia apabila ia dalam kesusahan ia akan mengalami ketegangan fikiran dan perasaan. Satu-satunya cara mengubat penyakit ini ialah dengan mengadu, mengharap dan menyandar- kan diri kepada suatu kuasa yang boleh menolong- nya menyelesaikan masalah itu. Kerana itu, Islam mengajar doa. Sebab hanya Allah-lah kuasa mutlak yang layak dan mampu ber- buat begitu. Faedah berdoa ialah jiwa yang lemah akan jadi kuat, hati yang susah jadi senang dan perasaan yang gelisah jadi tenang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Berfikir satu saat itu lebih baik daripada ibaduh setahun.
Anjuran berfikir bertujuan menyedarkan manusia tentang sifat wujud Allah dan Maha Kuasanya Allah. Perkara-perkara yang elok difikirkan ialah tentang diri sendiri. Allah mulakan kejadian kita hanya daripada setitik air mani. Harga setitik air mani adalah lebih rendah daripada harga sebiji padi kalaulah Allah tidak menanamkannya di dalam rahim perempuan.
Tidak juga akan berharga kalau Allah tidak memelihara, menghidupkannya dengan memberi segala keperluan untuk tinggal di dalam rahim. Belum juga akan berharga sekiranya Allah tidak memudahkan baginya keluar ke atas bumi. Dan belum juga akan berharga kalau Allah tidak besarkan serta diberi akal fikiran. Dengan akal yang Allah kurniakan manusia jadi raja, menteri, hulubalang, pengawal keselamatan, ahli fikir, professor, doktor, juruteknik, jurutera, pensya rah, guru dan lain-lain yang pandai, kuat, kaya dan hidup lepas bebas. Dengan akal fikiran, manusia telah dapat meratakan gunung, membelah angkasa, menyelami laut an dan memperkosa bumi semahu-mahunya. Tetapi tidak selamanya begitu. Kita tidak akan boleh sema hu-mahunya dan tidak selama yang kita kehendaki. Kita mesti mati. Kenapa tidak dihalang mati itu? Tidak mungkin, sepertilah tidak mungkinnya kita mendatangkan diri kita ke dunia ini dahulu.
Firman Allah dalam Al Quran: Allah, Dialah yang menciptakan kamu daripada keadaan lemah kemudian Dia menjadikan kumu sesudah lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan(kamu) sesudah kuat itu lemah (kernbali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Perkasa. (Ar Rum: 54)
Sesudah mati, Allah berjanji untuk menghidup kan dan membangkitkan kita kembali di hari Qiamat. Apakah alasan untuk tidak percaya akan janji Allah itu? Siapakah kita untuk menolak kedatangannya?
Firman Allah: Tidaklah(susah) menciptakan dan membangkitkan kamu (dari dalam kubur) melainkan hanya seperti (mencipta dan membangkitkan) satu jiwa sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.(Luqman: 28)
Fikirkan pula nikmat-nikmat Allah saat ini. Mata, telinga, kaki, tangan semuanya yang sangat penting untuk keperluan hidup, Allah kurniakan tanpa menagih bayaran satu sen pun daripada kita. Walhal harga sepasang kaki palsu sudah beribu-ribu ringgit, gigi palsu juga mahal. Maka apalagi mata, telinga, hati, lidah dan akal yang Allah kurniakan, tentunya memang tidak ternilai. Dengan apa hendak dibalas pemberian yang begitu besar? Fikirkan pula apakah sudah kita berterimakasih kepada Allah? Sudahkah kita tunaikan suruhan-Nya? Sudahkah kita berhenti daripada membuat perkara-perkara yang dilarang-Nya? Sudah cukupkah bakti kita sebagai hamba untuk membalas kemurahan dan kasih sayang Allah pemelihara kita itu?
Diceritakan, telah meninggal seorang abid lalu Allah memanggilnya untuk diberitahu bahawa dia akan dimasukkan ke syurga sebagai satu kemurahan dan rahmat Allah kepadanya. Mendengarkan itu, si abid merasa tidak puas hati kerana ia dapat ke syurga hanya melalui belas kasihan Allah sedangkan di dunia dia begitu kuat ibadah. Si abid lalu memohon dimasukkan ke syurga yang setimpal dengan amal ibadahnya yang banyak itu. Allah SWT memerintahkan malaikat menghitung dan menilai ibadah si abid itu. Bila selesai, Allah mengumumkan bahawa ibadah-ibadah yang dibuat oleh si abid itu tidakpun cukup untuk membayar harga sebelah matanya. Bagaimana untuk mendapatkan syurga? Si abid pun tersipu-sipu lalu memohon agar berpeluang masuk ke syurga.
Demikian satu contoh menunjukkan nilai amal bakti kita ini masih belum sepadan dengan pembe rian Allah pada kita, malah kalaupun setiap saat dari umur kita, kita gunakan untuk menghambakan diri kepada Allah pun belum padan. Apalagi kalau seseorang yang sombong, engkar dan derhaka kepada Allah. Sesuai sangatiah Allah lontarkan dalam api dan tersiksa selama-lamanya. Lihat pula beras yang kita jadikan nasi. Dapatkah pokok padi itu tumbuh dengan sendiri kalau Allah tidak diturunkan hujan dan kalau tanah tidak dire kahkan supaya biji yang didalam tanah itu dapat menembus naik untuk mendapatkan cahaya matahari?
Dapatkah manusia membuat air? Dapatkah manu- sia melubangi tanah dengan sehalus-halusnya hingga akar pokok itu dapat menjalar mencari makanan dan minumannya? Manusia menanam, tetapi siapa yang menumbuhkannya? Sesudah berfikir dan membuat kesimpulan, patutlah hati terus celik, nampak kewujudan, kemurahan dan kekuasaan Allah SWT. Sepatutnya hati akan menyedarkan akal tentang perlunya Allah itu disembah. Hati selanjutnya akan mengarahkan kaki, tangan dan seluruh anggota lahir menunaikan perintah Allah dan berhenti daripada mengerjakan larangan-Nya. Kalau tidak begitu, patut sangat ditangisi kerana butanya hati yang sebenarnya lebih parah daripada buta mata. Kemudian dongakkan muka ke langit. Lihat matahari yang naik dan turun, memberi panas dan menjadikan waktu yang bermusim-musim. Bulan yang kecil dan besar, menjadikan malam kadang-kadang gelap dan kadang-kadang-terang, menjadikan air laut pasang dan surut. Lihat bintang-bintang yang berkerdipan menghiasi langit berseri-seri. Lihat semua itu dan sebutlah Allah. Resapkan di hati berapa besar kuasanya Dia dan pemurahnya Dia.Dengan itu mudah-mudahan lembutlah hati kita untuk tunduk menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah.
Bersabda Rasulullah SAW maksudnya: Siapa yang mendongak ke langit melihat bulan dan bintang kemudian terasa betapa kuasanya Allah, muka sebanyah bilangan bintang-bintangnya itulah dosanya diampunkan.
Seseorang yang melihat alam kemudian berfikir tentang Allah lalu terasa kehebatan Allah hingga lembut hatinya, terus mahu tunduk menyembah Allah dengan sedar dan khusyuk, itulah manusia yang sempurna. Dia sedar dirinya sebagai barang ciptaan Allah maka ia mahu menyerahkan kembali pemberian itu kepada Allah. Berjayalah dia di dunia dan akhirat.
Di dalam Al Quran Allah berulang-ulang kali menyuruh manusia berfikir, menggunakan akal yang diberikan untuk menyaksikan wujud dan perkasanya Allah. Firman-Nya: Tidakkah kamu Perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan (untuk kepentinganmu) apa yang di langit dan di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmut-Nya lahir dun batin. Dan sebahagian manusia masih ada yang membantah tentang keesaan Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan kitab yang memberi penerangan. (Luqman: 20)
Firman Allah dalam Surah Ar-Rum: Dan di antara kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan mera- sa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu sebagai bahan renungan lagi kaum yang berfikir. (Ar Rum: 21)
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak (menguasai bumi). (Ar Rum: 20)
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nyd ialah penciptaan langit dan bumi dan begitu juga berlain-lainan bahasa dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu sebagai bahan renungan bagi orang-orang yang mengetahui. (Ar Rum: 22)
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah penciptaan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasa dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar. (Ar Rum: 23)
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan dan Dia menurunkan air dari langit lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergu nakan akalnya. (Ar Rum: 24)
Dan di antara tanda-tanda ke kuasaan-Nya ialah terbinanya langit dan bumi dengan perintah-Nya. Kemudian apabila Dia memanggilmu dengan sekali panggilan dari bumi, ketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur).(Ar Rum: 25)
Seperkara lagi yang patut difikirkan ialah tentang dosa kita kepada Allah dan sesama manusia. Berapa banyak dosa kita kepada Allah dan sesama manusia? Selamatkah kita daripada siksaan dan kemurkaan Allah di dunia dan di Akhirat? Mampukah kita berhadapan dengan Munkar dan Nakir di dalam kubur nanti? Tahankah kita dengan bakaran api Neraka? Fikirkan itu selalu, insya-Allah akan melembutkan hati. Kemudian terapkan keyakinan yang sungguh- sungguh bahawa mati itu benar, memasuki liang kubur itu adalah benar, soalan Munkar dan Nakir itu adalah benar. Melintasi Siratul Mustaqim itu benar, pembalasan siksa Neraka dan nikmat Syurga adalah benar belaka. Pasti berlaku tanpa syak dan ragu.
Sekiranya penerangan itu diulang-ulang setiap hari, insya-Allah hati akan dimasuki iman yang waja yang tidak mudah digoyangkan walau dengan ribut taufan yang kuat dan dahsyat. Usaha lain yang baik dibuat untuk mendapatkan iman ialah berpuasa sunat, berjuang, berjihad, bersedekah, menziarahi orang sakit atau jenazah dan lain-lain lagi. Kalau amalan-amalan itu dilakukan mengikut adab dan tujuan yang dianjurkan syariat, semuanya akan menambahkan iman. Perlu pula diingatkan bahawa setiap dosa sama ada kecil apalagi besar ialah perosak dan peruntuh iman. Rasulullah SAW bersabda: Bukanlah seseorang yang berzina ketika berzina seorang mukmin. (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Ertinya seseorang yang sedang berzina itu rosak dan hilanglah imannya. Jadi bagi orang yang betul- betul mahu memelihara dan meningkatkan imannya janganlah melakukan dosa. Kalau terbuat, cepatcepat istighfar, menyesal dan taubat. Iman juga boleh berkurang sesudah naik atau boleh naik sesudah turun. Inilah sifat iman kita iman orang ilmu. Sebab itu supaya tidak mengalami penurunan, iman mesti dibaja selalu dengan cara-cara yang banyak dihuraikan di atas. Sesiapa yang rajin, selamatlah ia, sebaliknya sesia- pa yang cuai akan terimalah akibatnya. Saya tegaskan bahawa ibadah-ibadah di atas mesti dilakukan dengan khusyuk dan tawadhuk. Kalau tidak, ibadah itu tidak akan bererti apa-apa. Umpama orang yang lapar mengambil nasi hanya untuk dimain-main tanpa disuapkan ke mulut. Akan hilang- kah laparnya? Begitulah ibadah, kalau tidak dihayati, roh tidak akan memperolehi apa-apa.
Lebih baik tidak sembahyang sunat kalau gopoh-gapah. Sudahlah kita tidak beradab dengan Allah, kesan sembahyang pada hati itu pula tidak ada. Tetapi dengan ibadah-ibadah yang khusyuk kita akan membiasakan hati untuk:
• Membesarkan Allah,
• Mengenal Allah,
• Menghina diri dan malu dengan Allah,
• Takut ancaman Allah dan harap nikmat Allah,
• Terasa diawasi oleh Allah,
• Terasa gerun dan hebat dengan Allah dan cinta kepada-Nya.
Bila sudah masuk perasaan-perasaan begitu dalam hati dengan sendirinya hati kita akan beramal baik:
1. Bila kita menerima nasib buruk, kita akan redha sebab kita yakin Allah yang mentakdirkannya dan Allah cukup adil, pengasih dan setiap takdir-Nya adalah membawa kebaikan dan bukan untuk menganiaya dan menyeksakan kita. Lagi pun nasib buruk itu hanya satu manakala nikmat-nikmat lain pula tidak terhitung banyaknya.
2. Bila datang ujian kita akan sabar. Allah menguji kita atas dua maksud:
a. Untuk menghapuskan dosa. Kita memang berdosa sama ada disedari atau tidak. Jadi patutlah diuji untuk ingatkan kita bahwa kejahatan itu jangan dibuat lagi. Balasan di dunia pun rasanya tidak tahan apalagi balasan Neraka. Bagaimanapun kita terimalah balasan (ujian Allah itu) dengan tenang sambil mengharapkan ujian itu akan berakhir dan dosa kita terampun dan kita akan tenang semula.
b. Untuk meninggikan darjat kita. Kita cukup suka kalau dapat naik pangkat. Jadi kalau ada ujian-ujiian Allah yang bermaksud menguji kesabaran kita supaya dinaikkan darjat kita maka patutlah sangat kita terima, sabar dan senang hati dengannya.
3. Bila datang nikmat Allah sama ada lahir atau batin, kita akan bersyukur. Kita akan rasa keselesaan lahir kita dan ketenangan jiwa kita semuanya pemberian Allah (kuasa Allah dan nikmat daripada-Nya) .Kita tidak akan dapat mengadakan sendiri tanpa izin dan pertolongan Allah. Sebab itu kita sentiasa rasa berterima kasih kepada Allah.
Perasaan itu menolong kita untuk ingat serta cinta kepada Allah serta redha kepada kehendak-Nya di samping membanyakkan ibadah-ibadah yang disukai-Nya serta ingin mengorbankannya kepada Allah sebagai tanda syukur kepada-Nya.
4. Setiap kali selesai berusaha, berikhtiar dan beribadah kepada Allah, kita akan menyerahkannya kepada Allah sebagai hak mutlak-Nya untuk ditentukan hasilnya baik atau buruk, jaya atau gagal. Hatta diri kita ini berada dalam tangan-Nya. Kita serah kepada-Nya dan baik sangka kepada-Nya untuk diaturkan mengikut kehendak-Nya juga.
5. Setiap kali kita buat dosa, kita akan takut kepada Allah. Hukuman Allah di dunia dan di Akhirat pasti berjalan kepada sesiapa yang berdosa. Maka hendaklah kita bertaubat (menyesal dan berjanji tidak akan membuatnya lagi). Kemudian, harapkan pula pengampunan Allah kerana Allah adalah Tuhan yang Maha Pemaaf, Maha Sopan Santun dan Lemah-Lembut.
6. Kita akan sentiasa beradab dan malu dengan Allah yakni sentiasa menunaikan kehendak-Nya dengan penuh takut, rindu, harap dan cinta kepada- Nya dan cukup malu untuk sombong kepada-Nya, membelakangkan-Nya dan menjauhi-Nya. Ertinya kita sentiasa tawadhuk dengan Allah, khusyuk, berhati- hati, bimbang dan cemas kalau-kalau tersilap dengan Allah.
7. Kita juga akan sentiasa merenung dan menyesali diri, apakah kita sudah mendapat keredhaan Allah dan keampunan daripada-Nya.
Kita yang selalu lalai, cuai dan lemah serta berdosa ini, layakkah mendapat keredhaan dan pengam- punan-Nya? Masa ibadah kita terlalu pendek dibandingkan dengan masa kita berbual-bual kosong, berangan-angan fikir hendak luaskan dunia kita, bermegah-megah dengan harta, anak dan pengikut dan lain-lain kelalaian lagi.
8. Layakkah kita ini masuk ke dalam Syurga? Belum pernah tercabut roma kita kerana berjuang di jalan Allah sedang ahli syurga seperti Nabi dan para sahabat pernah tercabut gigi, pecah muka, remuk tulang dan hilang nyawa kerana berjuang mempertahankan agama Allah. Pengorbanan apa yang telah kita buat yang kehebatannya mampu menebus kita dari api neraka?
9. Setiap kali apa-apa yang kita ingini, tidak kita perolehi, kita akan redha sebab kita sedar bukan kita yang menunaikan hajat tetapi Allah. Dialah yang memberi rezeki dan menyempitkannya. Sebab itu kita tenang, kita redha dan sabar dengan kehendak Allah. Kita rasa lemah, kita tidak mampu menunaikan hajat sendiri tanpa bantuan Allah dan kita rasa malu pula untuk tidak redha dengan Allah. Siapa kita?
Nyawa yang masih ada ini pun Allah punya. Kalau Allah matikan kita lagi teruk. Semuanya terlepas. Kerana itu kita rasa tidak mengapalah nikmat yang sedikit itu Allah tidak beri. Kita hanya boleh meminta bukan memaksa. Meminta sifat hamba dan memaksa itu sifat tuan.
Kalaulah perasaan-perasaan (amalan-amalan ba tin) itu tidak ada dalam jasad batin kita, itu tanda- nya mujahadah kita tidak kuat dan ibadah kita tidak sampai matlamatnya (untuk mendidik jiwa) .
Kenalah ditambah usaha lagi. Kalau ibadah cukup dan sampai matlamat, kita akan jadi orang yang bahagia, tenang dan selamat daripada sakit jiwa. Bukan kerana kita kaya, ternama dan terhormat, tetapi kerana hati kita puas dengan apa yang ada:
• Sakit pun bahagia apalagi sihat
• Miskin pun bahagia apalagi kaya
• Seorang pun bahagia apalagi kalau berpengi kut
• Dihina pun bahagia apalagi dipuja.
Tetapi kalau hati yang tidak bersih (tidak kenal Allah), tidak berhakikat (tasawuf), dia tidak akan rasa bahagia, dia tidak pernah puas dengan nasibnya:
• Kaya pun tidak bahagia apalagi kalau miskin
• Sihat pun tidak bahagia apalagi kalau sakit
• Disanjung pun tidak bahagia apalagi kalau dihina
• Ada pengikut pun tidak bahagia apalagi kalau keseorangan.
Orang yang boleh mendapat kebahagiaan sebe narnya hanyalah orang yang mempunyai tasawuf (kerohanian) yang tinggi. Merekalah yang membangunkan dan mendapatkan syurga untuk dunia dan Akhirat mereka. Amalan-amalan mereka lahir dan batin menyela- matkan mereka di dunia dan Akhirat. Hati mereka yang selamat di dunia itu jugalah yang akan selamat di Akhirat. Merekalah yang mendapat kemanisan iman, kelazatan beribadah kerana hatinya benar-benar cinta Allah dan Rasul dan benci kepada mungkar dan maksiat.
Bersabda Rasulullah SAW: Tiga perkara ini, sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman:
1. Menyintai Allah dan Rasul lebih daripada lainnya.
2. Mencintai seseorang semata-mata kerana Allah.
3. Benci kembali kepada kekufuran sepertimana benci dicampak ke Neraka.
(Riwayat: Ahmad, Al Bukhari dan Muslim, At Tarmizi, An Nasai dan Ibnu Majah)
Bila mendapat kemanisan iman, penderitaan menjadi kecil dan dunia tidak ada ruang dalam hatinya. Hatinya asyik dengan Allah. Ini berlaku pada sahabat-sahabat Rasulullah. Bilal, waktu dijemur di tengah panas serta diazab untuk dipaksa kembali kepada kekufuran, dengan tenang dia menjawab, “Ahad, Ahad.” Azab tidak terasa azab lagi. Ini juga berlaku pada seorang sahabat. Untanya dicuri orang di waktu malam semasa sedang bersembahyang. Dia tidak menghentikan sembahyangnya. Dia terasa kemanisan iman dan ibadah hingga lupa bertindak terhadap pencuri itu.
Cerita lain, ada dua orang sahabat yang Rasulullah lantik mengawal tentera Muslimin di satu peperangan di waktu malam. Seorang tidur sementara seorang lagi jaga danbersembahyang. Tiba-tiba datang spy musuh, dan ternampaklah kedua sahabat tadi lalu ia menarik busar panah dan memanah sahabat yang sedang sembahyang. Sahabat itu tidak memutuskan sembahyangnya. Dipanah lagi, sampailah kali ketiga barulah dibangunkan sahabatnya dan berkata, “Kalau tidak takut me nimpa umat Islam nescaya aku tidak berhenti sembahyang.”
Begitulah kemanisan iman yang dirasai.
No comments:
Post a Comment