Sunday, September 25, 2011

penyakit bukan seksa,tapi nikmat penghapus dosa

Inilah yang sebenarnya tersirat dalam hati nurani , dan akhirnya dapat juga dikatakan melalui penulisan ini.Memang sudah lama menyimpan perasaan untuk mengatakan dan akhirnya ALLAH juga yang menentukan MASANYA buat kita.

Dugaan menghapuskan dosa

SELAGI kita bernama manusia, selagi itu kita tidak sunyi membuat dosa dan kesilapan. Begitu juga dengan pelbagai dugaan yang terpaksa kita harungi dalam menempuh liku-liku kehidupan kita.

Menurut sebuah hadith, setiap dugaan yang kita tempuhi ada ganjaran yang menanti kita, asalkan kita redha menghadapinya.

Hadith :

Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: "Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk."

Jawab baginda, "Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu." Kataku pula, "Semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda: "Semoga!"

Kemudian sabda baginda pula: "Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya."

(Muslim)

Huraian

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (At-Tirmidzi dan Ibn Majah)
"Seandainya engkau tahu berapa lagi umurmu yang masih tersisa,
Maka engkau akan melupakan angan-angan panjangmu.
Wahai manusia, dengan kesihatan yang Ku berikan kepadamu,
Engkau kuat untuk mentaati Aku,
Dan dengan Taufik yang Aku anugerahkan kepadamu,
Engkau dapat menunaikan tanggungjawab kepadaKU juga,
Dengan rezeki yang Ku curahkan kepada mu juga,
Engkau kuat berbuat maksiat kepada KU.
Dan dengan kemahuan yang ku berikan kepadamu,
Engkau dapat berkehendak apa yang engkau inginkan
Dan dengan iradahKu engkau mempunyai kemahuan bagi dirimu,
Dan dengan nikmat Ku engkau boleh berdiri, duduk dan pulang;
Dan dengan pemeliharaanKU engkau dapat berpagi pagi dan berpetang-petang,
Dan kerna kurniaanKU engkau hidup, ; dan didalam nikmatKU engkau boleh berpusing,
Dan dengan kesihatan yang KU berikan, engkau dapat berhias,
KEMUDIAN ENGKAU MELUPAKAN AKU DAN MENGINGAT SELAIN KU?...
MENGAPAKAH ENGKAU TIDAK MENUNAIKAN HAK-HAK KU DAN MENSYUKURIKU"
"Dalam Hidup ada Duri, Dalam hati ada ILAHI"

No comments:

Post a Comment